RIMBA AIR BASE, Tuesday 12 November 2019 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, the RBAF Commander was present at the Air Movement Centre this morning to bid farewell to Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, the Chief of Malaysian Armed Forces.
The Chief of Malaysian Armed Forces is in the country for his farewell visit to Brunei Darussalam from 10 to 12 November 2019.
PEMERINTAH ABDB MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN KEPADA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 12 November 2019 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB telah hadir ke Pusat Pergerakan Udara (PGU), Pangkalan Tentera Udara Rimba bagi mengucapkan selamat jalan kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin.
Turut hadir di PGU adalah Pemerintah Tentera Udara Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Tentera Laut Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Othman bin Haji Suhaili, Pengarah-Pengarah Tentera serta Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai Staf TUDB.
Yang Berbahagia Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di Negara Brunei Darussalam sempena lawatan perpisahannya pada 10 – 12 November 2019.