Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI AIR FORCE RECEIVES SCHOOL EDUCATIONAL VISITS

RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday 04 September 2019 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) received educational visits from the Birau Primary School (morning) and the Mabohai Religious School (afternoon) as part of their respective school programmes. The Birau Primary School consisted of students from year 4 – 6 and were accompanied by 6 teachers, while the Mabohai Religious School consisted of 57 students from primary 1 – 6 and were accompanied by 3 teachers.

The purpose of the visit was primarily to learn about the RBAirF’s roles and responsibilities in the defence of national airspace and in support of other RBAF units. The RBAirF also took this opportunity to attract the students’ interest in starting a career with the RBAirF. The entourages were provided with the RBAirF briefing and shown the corporate video.

Upon arrival at the Air Movement Centre, they were welcomed by Lt (U) Muhammad Ali Iskandar bin Mohammad Ali, SO3 Human Resource Development from the RBAirF Headquarters, who also delivered the welcoming brief.
The entourages were also treated to a guided tour of the static display of RBAirF’s assets and equipment from No. 1, No. 2, No.3 and No. 5 Wing. The visits concluded with a group photo session and refreshments.






 
TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI TERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR
 
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 04 April 2019 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima lawatan sambil belajar daripada Sekolah Rendah Birau pada waktu pagi dan Seolah Ugama Mabohai pada sebelah petang sebagai sebahagian daripada aktiviti sekolah masing-masing. Rombongan dari Sekolah Rendah Birau terdiri daripada 42 orang pelajar daripada tahun 4 – 6 berserta dengan 6 tenaga pengajar. Manakala rombongan Sekolah Ugama Mabohai terdiri daripada 57 orang pelajar dari kelas Pra - Darjah 6 berserta 3 orang tenaga pengajar.
 
Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat tentang peranan dan tanggungjawab TUDB dalam mempertahankan ruang udara NBD dan bantuan kepada unit-unit lain ABDB. TUDB juga mengambil peluang ini untuk menarik minat para pelajar dalam memulakan kerjaya bersama TUDB. Rombongan kedua-dua sekolah telah diberikan taklimat TUDB berserta dengan video korporat TUDB.
 
Ketibaan mereka di Pusat Pergerakan Udara (PGU) telah disambut oleh Lt (U) Muhammad Ali Iskandar bin Mohammad Ali, Penolong Timbalan Pegawai Turus Sumber Manusia, Markas TUDB, yang juga memberikan ucapan alu-aluan berserta taklimat ringkas TUDB.
 
Sesi tersebut diteruskan dengan lawatan ke pameran statik aset dan peralatan TUDB daripada Cawangan No.1, No. 2, No. 3, No. 5 dan No. 7, dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan menikmati jamuan.