Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THANKSGIVING PRAYER CEREMONY IN CONJUNCTION WITH HIS MAJESTY’S 73RD BIRTHDAY
Rimba Air Force Base, Sunday, 14 July 2019 - In conjunction with the 73rd birthday celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) has held a Thanksgiving Prayer ceremony at Surau Al Barakah in Rimba Air Force Base.
 
The Guest of Honour for the event was 339 Col (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, the Deputy Commander of RBAirF. Also in attendance were senior officers, officers and personnel of the RBAirF.
 
The ceremony first began with a recitation of verses 1 to 11 from Surah Al-Mulk; read by 52160 Pvt (U) Ak Mohd Syarif Hidayatollah bin Pg Hasbollah, followed with a mass Maghrib prayer. The ceremony continued with the recital of Surah Yassin, Tahlil as well as the Thanksgiving prayer, led by Imam Md Hazman bin Hjd Mohd Hairol Azme and Imam 11307 WO2 Hj Shaipin bin Hj Abu Bakar. The ceremony then ended with a mass Isya’ prayer.
 
This thanksgiving ceremony is a nationwide event held in all mosques and suraus across the country. It reflects the nation’s gratitude and prayers for the well-being and safety of His Majesty and the country.
 


 MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE 73 TAHUN
 
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Ahad, 14 Julai 2019 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba sempena meraikan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-73 tahun.
 
Tetamu Kehormat bagi Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan KDYMM Ke-73 tahun ialah 339 Kol (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, Timbalan Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta anggota- TUDB.
 
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Mulk, Ayat 1 hingga 11 oleh 52160 Sld (U) Ak Mohd Syarif Hidayatollah bin Pg Hasbollah dan diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Majlis juga diteruskan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil serta Doa Kesyukuran yang dibawa oleh Imam Md Hazman bin Hjd Mohd Hairol Azme dan Imam 11307 PW2 Hj Shaipin bin Hj Abu Bakar. Majlis kemudian diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.
 
Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang ke-73 tahun ini adalah salah satu majlis yang diungkayahkan di semua surau dan masjid di seluruh negara. Ianya adalah sebagai tanda menjunjung kasih dan memohon bagi kesejahteraan dan keselamatan terhadap raja dan negara.