Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

CHIEF OF ROYAL MALAYSIAN AIR FORCE RECEIVES THE RBAirF HONORARY PILOT WING
RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 8 February 2019 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, General Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang RMAF, Chief of Royal Malaysian Air Force (RMAF), was conferred the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Honorary Pilot Wing in recognition for his service in advancing the ties between the RBAirF and the RMAF.

The Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, presented the award to General Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang RMAF.

General Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang RMAF is in Brunei Darussalam for the presentation ceremony and also his introductory visit to the RBAirF. Upon his arrival to the RBAirF Base, he was received with the Honorary Salute by the Guard of Honour comprising of personnel from the RBAirF, followed by the RBAirF Honorary Pilot Wing Presentation. 

Whilst in Brunei Darussalam, he also paid courtesy calls on the Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof. Both sides reaffirmed the longstanding and strong relationship between both air forces. The RBAirF and the RMAF interact regularly through a broad number of exchanges and exercises which have deepened the mutual understanding and camaraderie between the two air forces.

He also paid separate courtesy calls to Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud,, Commander of RBAF and Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of RBAirF. 

General Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang RMAF was appointed the Chief of Royal Malaysian Air Force on 21 December 2016.

PANGLIMA TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA DIANUGERAH LENCANA JURUTERBANG KEHORMAT TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 8 Februari 2019 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menganugerahkan Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai penghargaan jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi perhubungan di antara TUDB dan TUDM.

Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM sedang berada di Negara Brunei Darussalam bagi acara penganugerahan tersebut dan juga kunjungan pengenalan ke TUDB. Sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM disambut dengan Tabik Hormat daripada barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota TUDB. 

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof di Kementerian Pertahanan. Kedua-dua pihak mengesahkan hubungan yang lama terjalin dan kuat di antara kedua-dua angkatan udara. TUDB dan TUDM berinteraksi dengan kerap melalui banyak pertukaran dan latihan yang telah memperdalam persefahaman dan persahabatan antara kedua-dua angkatan udara. 

Beliau juga mengadakan kunjungan hormat yang berasingan kepada Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, dan Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah TUDB.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah mengambil alih tugas sebagai Panglima TUDM pada 21 Disember 2016.