Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

HANDING OVER CEREMONY FOR THE DONATION OF ROYAL BRUNEI AIR FORCE WELFARE FUND

RIMBA AIR FORCE BASE, FRIDAY, 25 JANUARY 2019- Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a handing over ceremony for the donation of RBAirF Welfare Fund at Surau Al Barakah Rimba Air Force Base. RBAirF Welfare Fund donated to a total of 51 families of former RBAirf personnel Officers and Senior Ranks personnel. 

 Present as the Guest of Honour was the Commander RBAirF, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat. Also present at the ceremony were RBAirF Senior Officers, Officers and airmen.

The ceremony began with a recitation of Surah Yasin, Tahlil and 'Doa Arwah' led by Ustaz Said bin Hj Yusop, Religious Teacher of the RBAirf followed by the presentation of the donations.

The RBAirf has organizes such welfare activities every year to distribute donations funds for the late members of the RBAirf family Officers and other Senior ranks personnel.  The donations funds hope to ease the financial burdens for the management of the family members of RBAirf Officers and the other Senior ranks personnel. The donations were raised by the RBAirf Welfare Fund the personal of RBAirf.

 


MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG DANA

TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, JUMAAT 25 JANUARI 2019 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Dana TUDB di Surau Al Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Sumbangan Tabung Dana TUDB telah disampaikan kepada seramai 51 keluarga yang terdiri daripada Pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan TUDB. 

Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan bacaan Tahlil beramai-ramai serta diikuti dengan bacaan Doa Arwah yang diketuai oleh Guru Ugama TUDB, Ustaz Said bin Hj Yusop dan seterusnya diikuti dengan penyampaian derma.

Pihak TUDB telah mengadakan aktiviti kebajikan sedemikian setiap tahun bertujuan untuk menyampaikan sumbangan dana TUDB atas kembalinya kerahmatullah Allahyarham dan Allahyarhamah ahli keluarga Pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan TUDB.  Disamping itu juga sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban  bagi keperluan pengurusan jenazah ahli keluarga Pegawai-Pegawai dan PTB-PTB Kanan TUDB. Sumbangan-sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada Pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan TUDB atas nama Tabung Dana TUDB.