BOLKIAH GARISON, Rabu 31 Julai 2013
– Kementerian Pertahanan hari ini mengadakan Sambutan Nuzul Al-Quran
dengan mengadakan ceramah khas ugama yang berlangsung di Surau Bolkiah
Garrison.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis
ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji
Sirat. Turut hadir ialah Ahli-ahli Komiti Eksekutif Pertahanan,
Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam, Pegawai-Pegawai Kanan,
Pegawai-Pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat
suci Al Quran yang dibacakan oleh 821 Lt (U) Wan Md Azem bin Hj Md
Aminuddin dan sembahyang Fardhu Zohor berjemaah. Majlis diteruskan
dengan ceramah khas ugama bertajuk `Kesan Membaca Al-Quran terhadap
kehidupan dan kematian’ yang disampaikan oleh penceramah undangan dari
Pusat Dakwah Islamiyah, Ustaz Ali Hassan bin Md Said.