Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
RBAirF PISTOL SHOOTING COMPETITION 2020

ETR Firing Range, Berakas Garrison. Thursday, 05 March 2020 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a pistol shooting competition for its officers at the ETR Firing Range, Berakas Garrison. The competition is one of the activities planned for the year 2020 and was organised by No. 2 Wing.  The competition was participated by 16 groups of 4 officers each competing in the falling plate format. Additionally, officers who did not participate in the competition were given the opportunity to take part in the fun shoot practice at the 30m Firing Range, Berakas Garrison.

The objectives for the competition are to maintain and enhance the capability of the RBAirF officers' in pistol competency as well as to promote healthy competition between participating teams.

Present as the guest of honour for the competition is the Commander of RBAirF, Bragadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat. The event continued with a curry lunch held at the 1st Battalion Officers' Mess, Berakas Garrison. A prize presentation ceremony followed for the consolation and winners of the competition. The shooting competition was won by Group 1 which was led by Yang Mulia Commander RBAirF himself. The event ended with a speech from Yang Mulia Commander RBAirF as well as the recitation of closing prayer from 1273 Lt (U) Muhammad Shah Redzuan bin Haji Mat Serudin.





PERLAWANAN MENEMBAK PISTOL TUDB 2020

Padang Tembak ETR, , Berakas Garison. Khamis, 05 Mac 2020 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengendalikan perlawanan menembak pistol bagi pegawai-pegawai TUDB di Padang Tembak ETR, Berakas Garison. Acara tersebut merupakan salah satu aktiviti TUDB bagi tahun 2020 dan dikendalikan oleh Cawangan No. 2. Acara tersebut telah disertai oleh 16 kumpulan yang terdiri dari 4 pegawai setiap kumpulan dan bertanding di dalam perlawanan falling plate. Disamping itu juga, pegawai-pegawai yang tidak menyertai perlawanan berkumpulan mempunyai peluang untuk menembak pistol di Padang Tembak 30m, Berakas Garison.

Objektif bagi perlawanan tersebut ialah untuk mengekalkan dan melatih kebolehan  pegawai-pegawai TUDB dalam menggunakan senjata pistol disamping memupuk semangat persaingan sihat diantara pasukan-pasukan perlawanan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat semasa perlawanan tersebut adalah Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat. Acara tersebut diteruskan dengan curry lunch di Mes Pegawai 1Bn, Berakas Garsison yang diselajurkan dengan penyampaian hadiah-hadiah saguhati dan pemenang-pemenang. Perlawanan menembak pistol pegawai-pegawai TUDB tahun 2020 telah dimenangi oleh kumpulan 1 yang diketuai oleh Yang Mulia Pemerintah TUDB sendiri. Acara tersebut diakhiri dengan ucapan Yang Mulia Pemerintah TUDB dan seterusnya bacaan doa penutup oleh 1273 Lt (U) Muhammad Shah Redzuan bin Haji Mat Serudin.