Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
RBAirF PARTICIPATES IN 36th NATIONAL DAY CELEBRATIONS


TAMAN HAJI SIR MUDA OMAR 'ALI SAIFUDDIEN, Sunday, 23 February 2020 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to join the citizens and residents of this country in celebrating the 36th National Day with other members of the Royal Family at the Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. 

The RBAirF, represented by a 236 strong contingent of officers and other ranks also joined the parade and march past. The parade was the culmination of days of rehearsals and preparations, and it was evident in the commendable conduct of the occasion. Donning different uniforms of the organization, RBAirF personnel marched proudly as part of the 1,236 armed forces personnel involved.

More than 161 teams comprising officers and personnel from government agencies, higher education institutions, colleges, schools, and Non-Government Organisations of more than 26,000 participants took part in Brunei Darussalam's 36th National Day celebration this year, carrying the theme, 'Menjayakan Wawasan Negara'.






KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-36

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Februari 2020 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk di negara ini dalam Sambutan Hari Kebangsaan ke-36 bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

TUDB telah diwakili oleh kontinjen Pegawai-pegawai dan Lain-lain Peringkat yang berjumlah 236 orang. Perbarisan tersebut adalah kemuncak kepada beberapa siri raptai dan juga persiapan, dimana ianya menghasilkan sebuah acara yang dikendalikan dengan baik. Anggota-anggota TUDB yang memakai dan memperlihatkan beberapa pakaian seragam TUDB adalah sebahagian daripada perbarisan yang melibatkan 1,236 orang anggota ABDB.

Sebanyak 161 pasukan yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, maktab-maktab, sekolah-sekolah serta persatuan-persatuan seramai lebih 26,000 orang mengambil bahagian dalam acara perbarisan tahun ini.

Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36 bertema 'Menjayakan Wawasan Negara'.