Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE EMERGES AS CHAMPION SWIMMING AND WATER POLO CHAMPIONSHIP FINALS 2019/2020

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 24 January 2020 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) water polo team emerged as champions after defeating the Special Force Regiment with a 4-3 penalty shoot out win at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Water Polo Championship finals held at the Rimba Air Force Base Sports Complex this afternoon. The Royal Brunei Navy came in third place.

Meanwhile, the RBLF swimming team dominated the Swimming Championship finals and was the overall winner with a total of 6 gold, 2 silver and 2 bronze medals. The Special Forces Regiment (SFR) and Ministry of Defence (MINDEF) came in second and third place respectively.

The prizes were presented by the guest of honour, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF.
The RBAF Swimming and Water Polo Championship 2019/2020 began on 20 January 2020 and saw participation from six teams, namely the MINDEF, RBLF, RBN, Royal Brunei Air Force (RBAirF), Training Institute RBAF (TI RBAF) and SFR.





TDDB JUARA KEJOHANAN AKHIR RENANG DAN POLO AIR PERINGKAT ABDB 2019/2020

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 24 Januari 2020 – Pasukan Polo Air Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menewaskan pasukan Rejimen Pasukan Khas (RPK) dengan jaringan penalti 4 - 3 untuk menjuarai Kejohanan Polo Air peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2019/2020 di Kompleks Sukan, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) di tempat ketiga.

Manakala di Kejohanan Renang, pasukan renang TDDB bergelar johan dengan memperolehi sebanyak 6 pingat emas, 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Pasukan renang RPK mendapat tempat kedua dan pasukan renang Kementerian Pertahanan di tempat ketiga. 

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB selaku tetamu kehormat.

Kejohanan Renang dan Polo Air peringkat ABDB 2019/2020 telah berlangsung bermula daripada 20 Januari 2020 dan disertai oleh enam pasukan terdiri dari Kementerian Pertahanan, TDDB, TLDB, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dan RPK.