Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COMMANDER-IN-CHIEF ROYAL THAI AIR FORCE RECEIVES THE ROYAL BRUNEI AIR FORCE HONORARY PILOT WING

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 19 December 2019 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Air Chief Marshal Maanat Wongwat, Commander-in-Chief, Royal Thai Air Force (RTAF) was presented with the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Honorary Pilot Wing in recognition for his service in advancing the ties between the RBAirF and the RTAF.

The Acting Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, presented the award to Air Chief Marshal Maanat Wongwat.

Air Chief Marshal Maanat Wongwat is in Brunei Darussalam for the presentation ceremony and also his introductory visit to the RBAirF. Upon his arrival at the RBAirF Headquarters, he was received with the honorary salute by the guard of honour comprising of personnel from the RBAirF, followed by the RBAirF Honorary Pilot Wing Presentation.

Whilst in Brunei Darussalam, he also paid a courtesy call on the Acting Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof. Both sides affirmed the friendly relations between the two countries, and acknowledged various areas of bilateral defence and military cooperation, as well as multilateral initiatives within the ASEAN Defence Ministers' Meeting (ADMM) and ASEAN Defence Ministers' Meeting-Plus (ADMM-Plus).

He also made a courtesy call on Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Air Force who is also the Acting Commander of the RBAF. The RBAirF and the RTAF interact regularly through a broad number of exchanges and exercises which have deepened the mutual understanding and camaraderie between the two air forces.

Air Chief Marshal Maanat Wongwat was appointed as the Commander-in-Chief of the Royal Thai Air Force on 1 October 2019.


PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA THAI DIANUGERAH LENCANA JURUTERBANG KEHORMAT TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 19 Disember 2019 – Dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah dianugerahkan kepada Air Chief Marshal Maanat Wongwat, Pemerintah Tentera Udara Diraja Thai (TUDT) sebagai penghargaan jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi perhubungan di antara TUDB dan TUDT.

Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB telah disempurnakan oleh Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

Air Chief Marshal Maanat Wongwat sedang berada di Negara Brunei Darussalam bagi acara penganugerahan tersebut dan juga kunjungan pengenalan ke TUDB. Sejurus tiba di Markas TUDB, Air Chief Marshal Maanat Wongwat disambut dengan Tabik Hormat daripada barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota TUDB.

Pemerintah TUDT telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pemangku Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof di Kementerian Pertahanan. Kedua belah pihak telah mengesahkan hubungan baik di antara kedua belah negara dan kerjasama pertahanan dan ketenteraan dua hala dan berbilang hala di bawah ASEAN Defence Ministers' Meeting (ADMM) and ASEAN Defence Ministers' Meeting-Plus (ADMM-Plus).

Beliau juga mengadakan kunjungan hormat yang berasingan kepada Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah TUDB yang juga sebagai Pemangku Pemerintah ABDB. TUDB dan TUDT kerap berinteraksi melalui pertukaran dan latihan yang telah memperdalam persefahaman dan persahabatan antara kedua-dua tentera udara.

Air Chief Marshal Maanat Wongwat telah mengambil alih tugas sebagai Pemerintah TUDT pada 1 Oktober 2019.