Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
CEREMONY TO CELEBRATE THE CONVERSION OF ROYAL BRUNEI AIR FORCE PERSONNEL


RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 06 December 2019 – A ceremony to celebrate the  conversion to Islam of a Royal Brunei Air Force (RBAirF) personnel, 19698 Lkpl (U) Muhammad Lufti Naqiuddin Bin Abdullah Epesus from No. 6 Wing took place at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.

Present as the Guest of Honour was Col (U) Abdul Rahman bin Hj Durahman, the RBAirF Acting Commander. He was also invited to present mementos to 19698 Lkpl (U) Muhammad Lufti Naqiuddin. Also present were senior officers, officers and personnel of the RBAirF as well as family members of the new convert.

The ceremony began with a mass Subuh Prayer, Kuliah Subuh, recitation of Surah Al-Kahfi and Dhuha prayer. The event was then followed by the Dikir Marhaban, memento presentation and concluded with the closing doa by Maj Abdul Mujib bin Japar from the RBAF Religious Department.


 
MAJLIS MERAIKAN PENGISLAMAN ANGGOTA TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 06 Disember 2019 – Majlis meraikan anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang baru memeluk Islam, 19698 Lkpl (U) Muhammad Lufti Naqiuddin Bin Abdullah Epesus dari No. 6 Wing, telah diadakan pada hari ini di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Kol (U) Abdul Rahman bin Hj Durahman, Pemangku Pemerintah TUDB yang kemudiannya menyampaikan cenderahati kepada Lkpl (U) Muhammad Lufti Naqiuddin.

Turut hadir juga adalah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota TUDB serta keluarga dan sahabat yang terdekat bagi saudara baru tersebut.

Majlis dimulakan dengan Solat Subuh Berjamaah, Kuliah Subuh, bacaan Surah Al-Kahfi dan Solat Dhuha. Majlis diserikan dengan Dikir Marhaban, penyampaian cenderahati dan seterusnya diakhiri dengan doa penutup yang dibaca oleh Mej Abdul Mujib bin Japar Pegawai JAMAAT ABDB.