Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM MADE A WORKING VISIT TO THE RBAIRF

RIMBA AIR BASE, Monday, 30 September 2019 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam made a working visit to the Royal Brunei Air Force (RBAirF) at Rimba Air Base today.

Upon arriving at Rimba Air Base, His Majesty was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence and Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) at Hanger A, Rimba Air Base. 

His Majesty then proceeded to view RBAirF aircrafts and also toured RBAirF units including the Domestic Supply Squadron, Ground Support Equipment, Signal Squadron as well as No.7 Wing, RBAirF. 

At the air base, His Majesty visited other infrastructure including RBAirF barracks and Dewan Punai. 

His Majesty ended his working visit attending a luncheon at the RBN Officers' Mess with the officers and personnel of the RBAF.




KEBAWAH DYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANGDI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN BERANGKAT MENGADAKAN LAWATAN KERJA KE TUDB 

PANGKALAN TENTERA UDARA, Isnin, 30 September 2019 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat mengadakan lawatan kerja ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) di Pangkalan Tentera Udara, Rimba.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Hangar A, Pangkalan Tentera Udara, Rimba.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya meninjau beberapa buah pesawat TUDB dan berkenan melawat ke unit-unit TUDB seperti Skuadron Bekal Domestik, Ground Support Equipment, Skuadron Semboyan dan Cawangan No.7, TUDB.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga dijunjung berangkat mengadakan lawatan ke beberapa buah infrastruktur seperti Barek Bujang TUDB dan Dewan Punai.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengakhiri lawatan dengan Majlis Santap di Mes Pegawai TLDB yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB.