Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Sebelum menjelangnya Cuti Panjang sempena Hari Raya Aidilfitri, Cawangan Sekuriti Pertahanan (CSP) ingin mengambil kesempatan untuk memberikan beberapa peringatan mengenai dengan sekuriti di unit-unit dan menyalurkan peringatan ini kepada anggota bawahan:

1. PASTIKAN untuk tidak memuat naik sebarang gambar yang boleh menjatuhkan imej ketenteraan terutama sekali menggunakan caption-caption yang tidak sesuai. Anggota juga perlu diberikan peringatan untuk TIDAK membuat pengambaran di lokasi-lokasi yang TIDAK DIBENARKAN. 

2. PASTIKAN semua kakitangan awam  anggota tentera dan keluarga  untuk menunjukkan kad pengenalan tentera/awam atau pas badan/perkhemahan apabila memasuki semua perkhemahan/garison

3.  PASTIKAN membuat pemeriksaan 100% ke atas semua senjata dan peluru di unit masing-masing.

4. PASTIKAN menutup, mengunci dan mengawal dengan tatacara yang betul segala tempat-tempat akses seperti pintu, tingkap pagar dan sebagainya terutama sekali yang mudah diakses oleh penjenayah.

5. PASTIKAN pengawal-pengawal untuk memeriksa kenderaan keluar dan masuk perkhemahan dan untuk membuat rondaan bekala terutama sekali di tempat-tempat strategik.

6. PASTIKAN kunci pejabat disimpan/dikembalikan ke tempat yang telah ditetapkan setelah selesai waktu bekerja. 

7.PASTIKAN dokumen-dokuman yang bedarjah tinggi dan risalah peribadi seperti Kad pengenalan, paspot dan sebagainya disimpan dengan betul untuk mengelakkan tecicir/dicuri/digunakan untuk tujuan yang salah.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, mendapati sebarang yang mencurigakan atau menemukan pelanggaran sekuriti sila laporkan ke Pegawai Bertugas CSP di talian 8759277.

 Di kesempatan ini warga CSP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Kementerian Pertahanan & ABDB.


Pesanan Ringkas Sekuriti ini dibawakan oleh 
Cawangan Sekuriti Pertahanan,
Jabatan Menteri Pertahanan & Jabatanarah Perancangan Strategik.