Skip Ribbon Commands
Skip to main content

​​​

PENDAFTARAN BAKAL-BAKAL REKRUT LELAKI PENGGAMBILAN KE 161
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI


Pendaftaran sekarang dibukakan untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai bakal-bakal Rekrut Lelaki Penggambilan ke 161 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengikut syarat-syarat kemasukan.

Pendaftaran bagi Pengambilan bakal-bakal Rekrut Lelaki ke 161 ABDB akan ditutup pada  23 Jun 2017.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Pejabat Penggambilan
Jabatanarah Keanggotaan
B 11 tingkat 1 & 2 Spg 32-66
Flat Anggerek Desa

Tel : 2383074 / 2383075 

Atau layari laman web :

http://www.mindef.gov.bn
E-mail : FRO@mindef.gov.bn



SYARAT-SYARAT MENGIKUT KATEGORI BAGI PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN BAKAL REKRUT LELAKI

ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

1.Berikut adalah Kategori bagi pengambilan dan kemasukan bakal Rekrut Lelaki :

Dalam Kategori A

  • Rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei
    • Dilahirkan di Negara Brunei Darussalam.
    • Puak jati Bangsa Melayu (Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Murut, Bisaya).

Dalam Kategori B

  • Rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dengan berkuatkuasa mana-mana undang-undang bertulis mengenai KERAKYATAN memegang Kad Pintar Kuning termasuk seperti berikut:
    • Bukan dilahirkan di Negara Brunei Darussalam.
    • Bukan dari puak jati Bangsa Melayu.
    • Berugama Islam serta menurut adat resam Melayu.
    • Dimestikan menghadapkan surat permohonan ke pihak ABDB.

2.Pemohon yang berminat untuk menceburkan diri dalam kerjaya tentera sebagai bakal rekrut Lelaki Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mestilah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan kemasukan dalam Kategori A atau B di atas. Syarat kemasukan bagi bakal Rekrut Lelaki adalah seperti berikut:

  • Taraf kelamin:     Bujang atau Kahwin.
  • Umur:     Berumur diantara 18 tahun hingga 25 tahun​ (tidak melebihi 25 tahun 0 bulan 0 hari)  sebelum tarikh latihan dimulakan​.
  • Kelayakan Akademik:     2 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa (‘O’ Level).
  • Nota: Kelayakan Akademik yang lebih tinggi adalah menjadi keutamaan.
  • Tahap Kesihatan:     Pemohon-pemohon akan menjalani pemeriksaan kelayakan kesihatan. Tidak cacat pendengaran dan penglihatan serta tidak rabun warna dan mempunyai tahap kesihatan gigi yang baik.
  • Ketinggian Badan:     155 cm (5 Kaki 1 Inci).
  • BMI(Body Mass Index):     19 – 27.
  • Ujian:     Para calon yang layak mestilah lulus ujian-ujian berikut:
  • Ujian Bertulis
  • Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian.
  • Ujian Kecergasan ( Ujian berlari sejauh 2.4km, ujian kecergasan tubuh badan APFA-heaving dan sit up, ujian berenang water treading dan berenang 0 meter ke 50 meter). Pemohon-pemohon yang tidak mencapai ke 50 meter bagi ujian berenang, adalah dikira GAGAL.
  • Tapisan Keselamatan - Pemohon akan menjalani ujian tapisan keselamatan termasuk Ujian Air Kencing (UAK).
  • Ujian Temuduga dan Penilaian Akhir.

Pemohon yang LULUS secara keseluruhan dan DISOKONG akan diserahkan kepada Kompeni Rekrut, Institut Latihan, Penanjong Garison bagi latihan pengenalan awal atau Holding PlaAtoon selama 2 minggu sebelum latihan asas ketenteraan rekrut sepenuhnya bagi tempoh 6 bulan latihan. Selepas 6 bulan menamatkan latihan dan akan bermula berkhdimat di mana-mana unit dalam ABDB  sebagai seorang askar terlatih. 

"BORANG PENDAFTARAN" boleh dimuat turun "DI SINI" dan dikembalikan melalui E-Mail FRO@mindef.gov.bn atau dihantarkan ke:

Pejabat Pengambilan ABDB
Jabatanarah Keanggotaan,
B11, Tingkat 1 & 2
Spg 32-66
Flat Anggerek Desa

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pengambilan ABDB: 2383074/ 2383075

........................................................................................................................................................

SYARAT-SYARAT MENGIKUT KATEGORI BAGI PENGGAMBILAN DAN KEMASUKAN
BAKAL REKRUT WANITA, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

Pemohon mestilah mempunyai kad pengenalan berwarna kuning, berstatus bujang (tidak pernah berkahwin) dan berumur di antara 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun tepat pada hari memulakan latihan.

Selain daripada itu pemohon mestilah mempunyai ketinggian badan tidak kurang daripada 150 sentimeter dan jisim tubuh badan hendaklah di dalam kategori Normal (linkungan 19 hingga 27). Manakala syarat akademik yang minima adalah 2 kredit dalam apa saja mata pelajaran Sijil Am Peringkat Biasa (GCE 'O' Level) atau mana-mana kelulusan yang sebanding dengannya dan diikhtiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Kelulusan lebih tinggi merupakan satu kelebihan.