CAREER: JOB OPPORTUNITIES
CIVILIAN PERSONNEL IN DEFENCE
For
those with a passion to serve in defence, you can either do so by
enrolling as military personnel or as civilian personnel. Military and
Civilians work hand in hand within the Ministry of Defence to execute
their respective tasks with clear vision and vision as well as high
dedication and commitment.
Who can work in defence? PhD
/ Master / undergraduates, HND holders and other recognized
qualifications are all welcomed to pursue a career in defence. Civilian
officers and personnel are derived from a wide range of academic
background and specialization. It is this array of expertise which
contributes in ensuring high professionalism, quality implementation and
productivity within the organization.
What line of work can civilians pursue?
Fields that can be pursued ranges from accounting, administration,
architecture, counselling, economics, engineers, estate management,
finance, management, human resource, information technology,
international relations, legal, photographers, policy, psychologist,
public relations, religious teachers, researchers, scientists, and many
more.
How to apply?
All applications must be submitted via the Civil Service Commission
(CSC) by filling in the relevant forms provided. Job vacancies will be
advertised in government newspaper (Pelita Brunei) entailing the
respective qualification criteria, detail of post advertised and
application submission instructions. Further details on how to apply can
be obtained from CSC official website.
X-Factor of potential applicants?
Selection of applicants to become potential working personnel under the
Ministry of Defence will be base on individual capacity and
capabilities. Extra considerations will be given to the highest
qualification holder and other personal qualities such as leadership,
creativity, ambition, personality and interests. Only the best will be
selected.
**************************
KERJAYA: PELUANG PEKERJAAN
ANGGOTA AWAM DALAM PERTAHANAN
Bagi
mereka yang berazam untuk berkhidmat dalam pertahanan, awda bolehlah
menceburinya sama ada sebagai anggota tentera ataupun anggota awam.
Warga kerja tentera dan juga awam saling berkerjasama di Kementerian
Pertahanan dalam melaksanakan tugasan masing-masing dengan adanya visi
dan misi yang jelas dan dedikasi serta komitmen yang tinggi.
Siapa boleh berkhidmat dalam pertahanan? Pemegang
kelulusan seperti PhD / Sarjana / Sarjana Muda, Diploma Kebangsaan
Tertinggi, dan kelulusan lain yang diiktiraf Kerajaan adalah
dialu-alukan untuk menceburi kerjaya dalam pertahanan. Pegawai dan
anggota awam Kementerian ini adalah terdiri dari pelbagai latarbelakang
akedemik mahupun kepakaran. Dengan adanya pelbagai kepakaran ini, ianya
menyumbang ke arah tahap profesionalisma yang tinggi, perlaksanaan serta
produktiviti yang berkualiti dalam organisasi.
Apakah bidang kerjaya yang dapat diceburi?
Bidang-bidang kerjaya yang boleh diceburi adalah termasuk perakaunan,
pentadbiran, arkitek, kaunseling, ekonomik, kejuruteraan, pengurusan
estet, kewangan, pengurusan, persumberan manusia, dasar, psikologi,
perhubungan awam, guru agama, penyelidik, pakar sains, dan banyak lagi.
Cara memohon?
Kesemua permohonan kerja hendaklah dihadapkan melalui Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA) dengan mengisi borang-borang berkenaan yang
disediakan. Kekosongan jawatan akan diiklankan dalam akbar kerajaan
(Pelita Brunei) yang menghuraikan kriteria-kriteria kelayakan, maklumat
jawatan yang diiklankan dan arahan-arahan mengenai penghantaran
permohonan kerja. Tatacara permohonan bolehlah diperolehi dari laman web
rasmi SPA.
X-Factor pemohon yang berpotensi?
Pemilihan antara pemohon-pemohon untuk terpilih sebagai anggota kerja
di bawah Kementerian Pertahanan adalah berasaskan kebolehan dan
keupayaan individu. Pertimbangan tambahan akan diberikan kepada pemegang
kelayakan yang tertinggi dan kualiti-kualiti peribadi yang lain seperi
kepimpinan, kreativiti, cita-cita, keperibadian dan minat. Hanya yang
terbaik akan terpilih.