New Surau For Bangar Camp
By Pg Jefri Pg Tajuddin & Hj Alauddin Hj Abdullah, DDWS
BANGAR CAMP, TEMBURONG, Tuesday 17 July 2012 - The New Surau for Bangar Camp was officially handed over to the enduser today. A mock key was presented by a representative of Foundation Construction and Engineering Sdn Bhd to the Acting Deputy Permanent Secretary (Defence Policy and Development), Ministry of Defence, Pg Haji Menudin bin Pg Lela Wijaya Pg Haji Yussof.
Pg Haji Menudin then subsequently handed over the key to the enduser, the Commander of the Royal Brunei Land Force, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Yussof bin Haji Abd Rahman. Also present to witness the ceremony were officers and staff from Directorate of Development and Work Services (DDWS), Religious Section Office, Directorate of Administration and Manpower, Ministry of Defence and Royal Brunei Land Force.
The Surau is seen as a symbol to uphold one of Royal Brunei Armed Forces values ‘Taqwa’ and as a support of Negara Zikir. This was clearly demonstrated during the Khatam Quran Ceremony held in May 2012 in conjunction with HUT 51.
The Surau is part of the Infrastructure Development Plan of Bangar Camp, Temburong. The building is approximately 305 square metres and can accommodate 200 prayers. It is designed with a traditional Islamic concept. The Central Dome and Minaret Dome are covered with green glazed mosaic tiles. Facilities in the Surau are the imam's office, bilal's office, male and restrooms and ablution areas, women's prayer area and the main prayer hall. The project cost B$618,399.00 and was completed on 3 May 2012.
PERKHEMAHAN BANGAR MILIKI SURAU BARU
BANGAR, TEMBURONG, Selasa 17 Julai 2012 - Surau baru untuk Perkhemahan Bangar telah dengan rasminya diserahkan kepada pengguna hari ini. Kuncinya telah disampaikan oleh wakil Yayasan Pembinaan dan Kejuruteraan Sdn Bhd kepada Timbalan Pemangku Setiausaha Tetap(Dasar Pertahanan dan Pembangunan), Kementerian Pertahanan, Pg Haji Menudin bin Pg Lela Wijaya Pg Haji Yussof.
Pg Haji Menudin kemudiannya menyerahkan kunci tersebut kepada pengguna iaitu Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Yussof bin Haji Abd Rahman. Turut hadir untuk menyaksikan majlis tersebut adalah pegawai dan kakitangan dari Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja (JPPK), Pejabat Bahagian Ugama, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Kementerian Pertahanan dan Tentera Darat Diraja Brunei.
Surau tersebut adalah sebahagian daripada Rancangan Pembangunan Infrastruktur Perkhemahan Bangar, Temburong. Keluasan bangunan adalah kira-kira 305 meter persegi dan boleh memuatkan seramai 200 jemaah. Ianya direka dengan konsep Islam yang tradisional. Kubah Utama dan Kubah Minaret dilindungi dengan jubin mozek kaca hijau. Kemudahan terdapat di surau ini adalah Pejabat Imam, Pejabat Bilal, tandas dan tempat berwuduk lelaki dan wanita, kawasan sembahyang bagi wanita dan dewan sembahyang utama. Projek ini menelan belanja sebanyak $ 618,399.00 dan siap sepenuhnya pada 3 Mei 2012 lalu.
Surau berkenaan dilihat sebagai simbol untuk mendukung salah satu daripada nilai-nilai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Taqwa dan sebagai sokongan kepada Negara Zikir. Ini jelas dilihatkan semasa Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan pada Mei 2012 bersempena dengan Hari Ulang Tahun ABDB ke 51.




Photos: Courtesy of DDWS









