Pertandingan Musabaqah Tilawatil Al-Quran
BERAKAS GARISON, Khamis 28 Jun 2012 - Majlis Musabaqah Tilawatil Al-Quran sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke 51 telah di adakan di Dewan Pahlawan Berakas Garison. Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah ABDB. Turut hadir Yang Dimuliakan Timbalan Pemerintah ABDB, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama dan Komandan IL ABDB serta anggota-anggota ABDB.
Keputusan Musabaqah Tilawatil Al-Quran bagi Qari, johan di sandang oleh 13007 Sjn (L) Aliuddin bin Haji Sarbini. Tempat kedua ialah 18831 Lkpl (U) Musa bin Haji Sahat dan tempat ketiga Lkpl (U) Asriwendey bin Haji Majid. Manakala bahagian qariah tempat pertama ialah 771 Kpt Dk Nurizzah Nazurrah bte Pg Haji Mohammad. Tempat kedua 20854 Kpl Rubiah bte Haji Dagang dan tempat ketiga 768 Kpt Dk Khatamal Zariah bte Pg Haji Kamaluddin.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.





Gambar-Gambar oleh Zulazmi Kadir, PRU









