Commander of Royal Jordanian Naval Force Courtesy Calls on RBAF Commander
By Major (L) Shahairil Shahlan
BOLKIAH GARRISON, Tuesday 26 June 2012 - Commander of Royal Brunei Armed Forces, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, this morning received a courtesy call from the Commander of Royal Jordanian Naval Force, Brigadier General Qasem Fadeel Nahar Tanashat. Also in attendance during the call was the Commander of Royal Brunei Navy, First Admiral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah.
The visit aims to discuss prospects for further strengthening in bilateral cooperation between the two armed forces particularly in areas of training, exchange program and ship visits. Negara Brunei Darussalam and Hashemite Kingdom of Jordan enjoy warm and cordial bilateral relations cemented by the close personal bonds between His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and His Majesty King Abdullah II.
Commander of Royal Jordanian Naval Force, Brigadier General Qasem Fadeel Nahar Tanashat, is currently on a four-day official visit to Negara Brunei Darussalam. Accompanying him is his spouse and other senior Jordanian Naval Force delegation.
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA JORDAN KEPADA PEMERINTAH ABDB
BOLKIAH GARISON, Selasa 26 Jun 2012 - Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, pagi ini telah menerima kunjungan hormat daripada Pemerintah Tentera Laut Diraja Jordan, Brigedier Jeneral Qasem Fadeel Nahar Tanashat. Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Yang Mulia Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk membincangkan prospek bagi mengukuhkan lagi kerjasama dua hala antara kedua-dua angkatan tentera terutamanya dalam bidang latihan, pertukaran program dan lawatan kapal. Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Hasyimiyah Jordan menikmati hubungan dua hala yang baik dan mesra yang dikukuhkan lagi oleh persehabatan yang rapat antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Abdullah II.
Pemerintah Tentera Laut Diraja Jordan, Brigedier Jeneral Qasem Fadeel Nahar Tanashat, kini dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Negara Brunei Darussalam. Mengiringi beliau adalah isteri beliau dan pegawai-pegawai kanan Tentera Laut Diraja Jordan.


|
Photos by Amizi Rosman, Intelligence Dte.









