His Majesty Grants Audience By Chief Of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces
By Sahbirin Tarif
ISTANA NURUL IMAN, Wed 20 June 2012 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) has consented to receive an audience Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces, His Excellency General Thanasak Patimapragorn.
Accompanying His Excellency were the RBAF Commander, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin and His Excellency Apichart Phetcharatana, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary Kingdom of Thailand to Brunei Darussalam.
Also present were the Permanent Secretary at the Prime Minister's Office, Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar and Permanent Secretary (Defence Policy & Development) at the Ministry of Defence, Pg Dato Paduka Haji Azmansham bin Pg Haji Mohamad.
On a separate occasion, Her Majesty Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha also consented to receive in audience the wife of Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces, Mrs Penlaksana Patimapragorn. She was accompanied by the wife of the RBAF Commander, Datin Dayang Nurhayana Janis binti Abdullah.
The three day introductory visit by His Excellency aims to strengthen the friendly relationship of both countries and to extend the importance of defence cooperation of respective armed forces.
MAJLIS MENGADAP KETUA TURUS PERTAHANAN, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA THAI
ISTANA NURUL IMAN, Rabu 20 Jun 2012 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan menerima mengadap Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thai, Tuan Yang Terutama Jeneral Thanasak Patimapragorn di Istana Nurul Iman pada petang ini.
Mengiringi Tuan Yang Terutama ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Duta Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Apichart Phetcharatana. Turut hadir Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar dan Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan & Pembangunan) di Kementerian Pertahanan, Pg Dato Paduka Haji Azmansham bin Pg Haji Mohamad.
Sementara di bilik berasingan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan menerima mengadap isteri kepada Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thai, Puan Penlaksana Patimapragorn. Beliau diiringi oleh isteri Pemerintah ABDB, Datin Dayang Nurhayana Janis binti Abdullah.
Lawatan pengenalan Tuan Yang Terutama Jeneral Thanasak Patimapragorn selama tiga hari bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan baik kedua buah negara dan mempertingkatkan lagi kepentingan kerjasama pertahanan antara kedua-dua angkatan tentera.













