Introductory Visit By Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces
By Sahbirin Tarif
BOLKIAH GARRISON, Wed 20 June 2012 – The Ministry of Defence this morning received a visit from Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces, His Excellency General Thanasak Patimapragorn at Bolkiah Garrison.
Accompanying His Excellency were His Excellency Apichart Phetcharatana, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary Kingdom of Thailand to Brunei Darussalam, Deputy Chief of Defence Forces, Air Chief Marshal Boonyarit Kerdsuk, Chief of Staff, General Chayuth Suwanamas and senior officers of Royal Thai Armed Forces. Also present during the courtesy call were the Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Permanent Secretary, Directors and senior officers of Ministry of Defence.
Later, His Excellency also pay courtesy call to the Commander of RBAF, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Also present were RBAF Deputy Commander, Services Commanders, Directors and RBAF senior officers.
The visit significantly aims in continuing the long established bilateral relations and explore areas of military cooperation between both countries.
His Excellency and spouse, Mrs Penlaksana Patimapragorn as well as delegates were in Brunei Darussalam for three day introductory visit. During the visit, His Excellency and delegates visit the RBAF Third Battalion at Lumut Camp and Royal Brunei Navy Headquarters in Muara.
KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN KETUA TURUS PERTAHANAN, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA THAI
BOLKIAH GARISON, Rabu 20 Jun 2012 – Kementerian Pertahanan pagi ini menerima kunjungan pengenalan dari Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thai, Tuan Yang Terutama Jeneral Thanasak Patimapragorn di Bolkiah Garison.
Sejurus ketibaan Tuan Yang Terutama di Kementerian Pertahanan, beliau telah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri dari anggota Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Ini diikuti dengan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat.
Mengiringi Tuan Yang Terutama ialah Duta Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Apichart Phetcharatana, Timbalan Ketua Turus Pertahanan, Air Chief Marshal Boonyarit Kerdsuk, Ketua Staf, Jeneral Chayuth Suwanamas dan Pegawai-pegawai Kanan Angkatan Bersenjata Diraja Thai. Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.
Tuan Yang Terutama juga membuat kunjungan hormat kepada Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Hadir sama ialah Timbalan Pemerintah ABDB, Pemerintah-Pemerintah Tentera, Pengarah-Pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan ABDB.
Lawatan Tuan Yang Terutama bertujuan untuk mengeratkan hubungan persahabatan serta kerjasama dua hala di bidang ketenteraan antara kedua-dua buah negara.
Tuan Yang Terutama dan isteri Puan Penlaksana Patimapragorn serta rombongan berada di Negara Brunei Darussalam selama tiga hari. Semasa berada di negara ini, Tuan Yang Terutama telah mengadakan lawatan ke Batalion Ketiga Perkhemahan Lumut dan Pengkalan Tentera Laut Diraja Brunei, Muara.




Photos by Serabah Hj Abas & LCpl Hj Helmi Hj Abd Latif, PRU









