HURAIAN LOGO SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KE 51 TAHUN
Konsep logo Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah berlandaskan tema ‘Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam’. Pada tahun ini ianya berbentuk bulat dan segi empat yang memberi pengertian lingkaran pertahanan yang kukuh. Ciri utama rekaan adalah Logo Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang didampingi kiri dan kanan dengan angka 51 dalam huruf rumi dan jawi, berlatar belakangkan pemandangan sebuah negara Melayu Islam Beraja dan sillhouette tentera yang diwarna dengan jalur Rejimen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Lambang Angkatan Bersenjata Diraja Brunei memperlihatkan 3 simbol gabungan perkhidmatan iaitu Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara Diraja Brunei yang mana ketiga-tiga perkhidmatan ini mempunyai peranan penting dalam mempertahankan warisan bangsa Melayu yang berteraskan agama Islam dan mendukong kedaulatan Raja. Lingkungan bunga padi melambangkan perpaduan rakyat yang hidup makmur di bawah mahkota raja, pemerintah negara, yang gehara.
Angka 51 di dalam huruf rumi dan jawi melambangkan usia yang dikira cukup dewasa bagi sebuah Angkatan Bersenjata. Latar belakangnya yang berwarna hijau adalah sinonim kepada warna Islam dan warna kemakmuran bangsa dan negara. Ianya justeru melambangkan warna kehijauan negara kita yang dipenuhi dengan tumbuhan flora dan fauna. Warna Jalur Regimen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang terdiri dari warna kuning, putih, merah dan hitam adalah warna identiti utama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang juga berasaskan warna bendera Negara Brunei Darussalam. Kesatuan jalur-jalur warna ini melambangkan perpaduan dan kekuatan sebuah institusi pertahanan dalam menghadapi sebarang cabaran atau rintangan.
Latar belakang gambaran sebuah masjid, rumah kampung melayu dan istana melambangkan identiti Negara Brunei Darussalam manakala sillhouette berbentuk seorang askar, kapal perang dan pesawat helikopter pula mencerminkan institusi pertahanan yang bertanggungjawab menjana keamanan dan kedaulatan negara. Lantaran cantuman simbol-simbol ini sinonim kepada tema “Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam”.
HURAIAN TEMA “MEMPERTAHANKAN NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM”
Tema sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-51 pada tahun ini ialah ‘Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam’. Tema ini selaras dengan tema Hari Kebangsaaan Negara Brunei Darussalam iaitu ‘Negaraku Brunei Darussalam’. Tema ‘Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam’ telah diperkenalkan pada tahun 2011 di sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-49 dan ianya direncanakan untuk dipergunakan sebagai tema Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi tempoh masa 5 tahun mendatang.
Tema ‘Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam’ ini membawa pengertian yang mendalam dan sangat releven kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei amnya. Negara Brunei Darusaalam adalah sebuah negara beraja yang unik dan telah berjaya menempah namanya di persada dunia dalam pelbagai urusan dan hubungan antarabangsa. Dalam perspektif ini dapatlah diterjemahkan bahawa peranan negara kita sememangnya sangat mengutamakan keamanan sejagat disamping mempunyai daya saing positif dan berwawasan tinggi kearah apajua perancangan berbentuk dalaman, rantauan mahupun di peringkat global.
Justeru itu sebagai sebuah negara yang berintipatikan kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan, ianya perlu dikalis dengan pelbagai sistem pertahanan untuk menjamin keselamatan rakyat dan sumber kehidupannya agar dapat terus bertahan. Salah satu keutamaan ini ialah inisiatif Angkatan Bersenjata Diraja Brunei untuk mengukuhkan dan meningkatkan lagi persediaan dan kebolehan pertahanan bagi menghadap arus Cglobalisasi dan era teknologi tinggi yang dinamik ini.
Cabaran-cabaran seperti ini perlu dihadapi dengan perancangan dan perlaksanaan yang teratur dan berwibawa. Ianya melibatkan dasar, perolehan kelengkapan terkini yang berpatutan dan perkembangan sumber tenaga manusia yang berakar umbi dari nilai teras prinsip negara kita Melayu Islam Beraja. Oleh yang demikian tema Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-51 ‘Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam’ adalah suatu aspirasi yang sangat bermakna kepada seluruh warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Ianya menyarankan agar kita sebagai anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei untuk terus peka terhadap kepentingan bagi memelihara dan meningkatkan lagi kemampuan dan tanggung jawab yang telah diamanahkan.
Tanggungjawab kita ialah untuk mempertahankan negara Brunei Darussalam yang aman sejahtera ini dari digugat oleh anasir-anasir negatif dari pelbagai arah dan bentuk. Justeru dengan berbekalkan prinsip daya saing dalam menimba ilmu pengetahuan dan keimanan dalam beragama, kita semua berdoa dan bertawakal agar usaha murni Aangkatan Bersenjata Diraja Brunei akan sentiasa mendapat petunjuk dan keredhaan Allah Subahanahu Wata’ala demi mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam.
SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN KE-51 ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB)
51ST ANNIVERSARY CELEBRATION OF THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES (RBAF)
Maklumat Untuk Orang Ramai
Public Information
|
Bil
|
Soalan
|
Jawapan
|
|
1.
|
Bila dan dimanakah Hari Ulang Tahun ABDB akan berlangsung bagi tahun ini?
When and where will the RBAF Anniversary celebration take place this year?
|
- Akan berlansung selama dua hari.
- Kemuncak Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB pada tahun ini akan diadakan pada hari Khamis, 31 Mei 2012 dan hari tambahan ialah pada hari Jumaat, 01 Jun 2012.
- Sambutan pada tahun ini akan di adakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei, Muara.
- Celebration will be held for two days.
- The celebration highlight will be held on Thursday, 31 May 2012 and the additional day will be on Friday, 01 June 2012
- The celebration this year will be held at the Royal Brunei Naval Base, Muara.
|
|
2.
|
Apakah tujuan acara tersebut diadakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei?
What is the purpose of holding the event at the Royal Brunei Navy base?
|
- Memberi peluang kepada ramai pengunjung untuk melihat secara dekat lagi beberapa aset-aset terbaharu Angkatan Bersenjata diraja Brunei khususnya kapal-kapal perang Tentera Laut Diraja Brunei.
- It is to give members of the public the opportunity to have a closer look at the latest RBAF assets, especially the war ships of the Royal Brunei Navy.
|
|
3.
|
Apakah kelainan yang bakal ditampilkan pada sambutan tahun ini berbanding sambutan-sambutan yang lepas?
Compare to previous years, what is the difference in the celebration programme this year?
|
- Pertunjukkan Arena Laut di kawasan air yang berdekatan dengan Jeti ‘Bravo’ Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei.
- Pertunjukan Arena Laut tersebut melibatkan beberapa aset-aset daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei dan Regimen Pasukan Khas yang akan mempamerkan beberapa aksi-aksi yang hebat.
- Sea Arena Shows on the waters near the 'Bravo' Pier Royal Brunei Navy Base.
- The Sea Arena Show involves some assets of Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force and Special Forces Regiment which will showcase some great action.
|
|
4.
|
Apakah acara-acara yang bakal mengisikan sambutan itu nanti?
What are the events that will be showcased during the celebration?
|
- Acara hari kemuncak didahulukan dengan Perbarisan Raksasa di padang kawad Tentera Laut Diraja Brunei yang terdiri daripada Pasukan-Pasukan Perbarisan Unit-Unit ABDB.
- Ianya kemudian akan di meriahkan dengan pelbagai pertunjukan Arena Laut di kawasan air yang berdekatan dengan Jeti ‘Bravo’ Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei.
- Pada masa yang sama juga pelbagai pameran statik ketenteraan darat, laut, udara dan Kementerian Pertahanan juga disediakan untuk kunjungan orang ramai.
- Peak day event will be preceded by the Giant Parade in the parade square of the Royal Brunei Navy consisting of Parade Teams Units of the Royal Brunei Armed Forces.
- It will then be further illuminated with a variety of performances in the Sea Arena near the 'Bravo' pier, Royal Brunei Navy Base.
- At the same time also a variety of military static displays (land, navy, and air) and the Ministry of Defence displays are also available for public viewing.
|
|
5.
|
Apakah acara sampingan yang lain yang boleh disaksikan? Adakah tempat/pondok menjual makanan/ minuman juga disediakan dipersekitaran Sambutan itu nanti?
What are other side-events that will be showcased? Will there be area/booths selling food/beverages in the vicinity of the celebration site?
|
- Gerai-gerai jualan termasuk pondok-pondok makan dan minuman ada disediakan bagi orang ramai berdekatan dengan kawasan pameran statik di Jeti Bravo Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei..
- Aktiviti-aktiviti permainan seperti perlawanan ‘Nerf’, galeri memanah, peraduan melukis, pameran reptilia dan kucing, Flying Fox, belayar bersama Airboat, menaiki kenderaan dan bot tentera, menembak senjata ringan, menunggang kuda dan sebagainya.
- Aktiviti-aktiviti ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan ahli-ahli sanak keluarga, khususnya ibu-bapa dan anak-anak, tidak kira tentera atau awam untuk dapat terjalin mesra di dalam suasana kekeluargaan.
- Sales Booths including those selling food and drinks are available for members of the public near the static display area at ‘Bravo’ Pier at the Royal Brunei Navy Base.
- Game activities such as 'Nerf' games, archery gallery, drawing competition, reptiles and cats exhibitions, Flying Fox, Airboat sailing, military vehicles and vessels embarkation, small arms shooting, horse riding and others.
- These activities are organized to encourage the involvement and participation of families, particularly parents and children, whether military or civilian, to foster cordiality in a family-hood atmosphere.
|
|
6.
|
Siapakah boleh mengunjungi sambutan ini?
Who may visit the celebration?
|
- Dibukakan kepada orang ramai selama dua hari iaitu bermula 31 Mei hingga 01 Jun.
- It is open to members of the public for two days commencing 31 May until 01 June.
|
|
7.
|
Adakah telah ditetapkan waktu-waktu tertentu untuk berkunjung ke sambutan tersebut?
Is there specific time to visit the celebration?
|
- Acara utama sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan berlangsung pada 31 Mei, bermula pada jam 8:00 pagi dengan acara Perbarisan Raksasa bertempat di Padang Kawad Tentera Laut Diraja Brunei.
- Manakala pameran-pameran statik ketenteraan dan aktiviti-aktiviti permainan serta gerai-gerai jualan akan berakhir pada jam 5.30 petang.
- Bagi Persembahan Arena Laut pada hari Khamis, 31 Mei dan hari Jumaat, 01 Jun pada jam 10:00 pagi dan jam 3.00 petang.
- Persembahan Arena Laut akan berjalan selama 30 minit.
- The main event of the Royal Brunei Armed Forces anniversary celebration will be held on May 31, starting at 8:00am with the giant parade at the parade square of the Royal Brunei Navy.
- While the military static displays and game activities as well as sales booths will end at 5.30 pm.
- For the Sea Arena show on Thursday, May 31 and Friday, June 1 will be held at 10:00 in the morning and at 3:00 in the afternoon.
- Sea Arena performances will run for 30 minutes.
|
|
8.
|
Dimanakah laluan-laluan masuk dan keluar yang boleh digunakan untuk ke tempat Sambutan tersebut?
What is the road direction to get to the celebration?
|
- Laluan ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei, Muara ialah mengunakan laluan yang sama menuju ke Pantai Muara.
- Direction to the Royal Brunei Navy Base, Muara is the same path towards Muara Beach.
|
|
9.
|
Dimanakah para pengunjung boleh meletakkan kenderaan mereka semasa berkunjung ke sambutan ini? Adakah perkhidmatan “shuttle bus” akan diberikan?
Where can visitors park their vehicles during the celebration? Will there be shuttle bus services?
|
- Memandangkan tempat letak kereta di dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei adalah terhad, pada 31 Mei pihak penganjur telah menyediakan kemudahan tempat-tempat letak kereta di Pelabuhan Muara, Pusat Kesihatan Muara dan juga kawasan berdekatan dengan Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei. Disana perkhidmatan ‘shuttle bus’ juga akan disediakan untuk membawa para pengunjung ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei.
- Kemudahan-kemudahan kenderaan lain yang disediakan di dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei ialah seperti kenderaan kereta api yang akan membawa para pengunjung ke tempat kawasan arena, pameran statik, bazaar dan funfair.
- Bagi keselamatan dan juga mengurangkan kesesakan lalu lintas, adalah dinasihatkan kepada orang ramai supaya tidak akan meletakkan kereta di tepi-tepi jalan laluan masuk ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei.
- As the car park spaces at the Royal Brunei Navy base is limited, on May 31 the organizers will allocate parking spaces at Muara Port, Muara Health Centre and in the vicinity of the Royal Brunei Navy Primary School. There 'shuttle bus' service will be provided to bring the visitors into the Royal Brunei Navy Base.
- Other traffic facilities provided in the Royal Brunei Navy base include train-car that will transport visitors to the arena area, static exhibition, bazaar and funfair.
- As a safety precaution and also to reduce traffic congestion, it is advisable for the public to refrain from parking their vehicles along the roadside of the entrance to the Royal Brunei Navy Base.
|
|
10.
|
Adakah peta-peta kan disediakan untuk mengetahui lokas-lokasi kemudahan-kemudahan yang disediakan?
Will direction maps be provided to indicate location of available facilities?
|
- Maklumat dapat diperolehi di kaunter pertanyaan di tempat penurunan ‘shuttle bus’ berdekatan dengan tempat masuk ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei.
- Tempat-tempat rehat juga disediakan berdekatan pondok-pondok makan dan minuman bagi orang ramai.
- Information may be obtained at the information booth at the 'shuttle bus' drop-off point near the entrance to the Royal Brunei Navy Base.
- Resting places are also available near the food and beverages booths.
|
|
11.
|
Apakah nasihat yang dapat dikongsikan mengenai tatacara pakaian yang sesuai semasa mengunjung acara ini?
What advisory can be shared on the appropriate clothing when visiting this event?
|
- Memandangkan cuaca panas, maka di nasihatkan untuk membawa payung dan memakai pakaian yang bersesuaian.
- Due to the hot weather, but are advised to bring Palos and wear appropriate clothing.
|
|
12.
|
Apakah saranan-saranan lanjut yang perlu disampaikan bagi para pengunjung?
What additional advisory is there for incoming visitors?
|
- Para pengunjung tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan menggunakan kereta sendiri.
- Adalah di nasihat kepada orang ramai supaya menggunakan tempat-tempat letak kereta yang telah di sediakan dan mengunakan kemudahan ’shuttle bus’.
- Ini adalah bagi menggelakkan kesesakan lalu lintas jalan menuju ke Pangkalan Tentera Laut nanti.
- Visitors are not allowed to drive their own cars into the camp area.
- Members of the public are advised to park their vehicles at the allocated parking places and to use the 'shuttle bus' service to get into the camp area.
- This is to avoid traffic congestion, roads leading to the Naval Base later.
|