Ministry of Defence Signs MOU With UBD, ITB and Dept. of Technical Education, Ministry of Education
By Normasitirena Suhaini
BOLKIAH GARRISON, Tuesday 31 January 2012 – A signing ceremony for the Memorandum of Understanding (MOU) Concerning Cooperation And Students Internship at The Ministry of Defence (MINDEF) and The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) was held this morning at the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison.
The ceremony saw the signing of three separate Memorandum of Understanding between the Ministry of Defence and Universiti Brunei Darussalam (UBD), Institut Teknologi Brunei (ITB) and the Department of Technical Education (DTE), Ministry of Education (MOE) respectively.
The MOU was signed by the Permanent Secretary (Defence Policy and Development), Ministry of Defence, Haji Awang Saifulbahri bin Haji Awang Mansor, Acting Director of Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Muhammad Shahrul Nizzam bin Umar on the MOU with UBD, Director of Centre of Science and Technology Research and Development (CSTRAD), Colonel (L) Muzri bin Haji Mokhsin for the MOU with ITB, and Director of Logistic, Colonel (U) Haji Hamsani bin Haji Hamid on the MOU with DTE, MOE.
Signing on behalf of Universiti Brunei Darussalam, Institut Teknologi Brunei and Department of Technical Education, Ministry of Education is the Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education, Dr. Haji Junaidi bin Haji Abd Rahman, Vice Chancellor UBD, Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, Vice Chancellor ITB, Dato Paduka Dr Haji Omar bin Haji Khalid, and Acting Director of Department of Technical Education (DTE), Haji Mohd Sharifuddin bin Haji Mohd Salleh.
The signing ceremony was witnessed by the Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, and the Deputy Minister of Education, Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail. Also present at the event were other members of the Defence Executive Committee, Deputy Permanent Secretary (Higher Education) of the Ministry of Education and senior officers from the Ministry of Defence, Ministry of Education, Universiti Brunei Darussalam, and Institut Teknologi Brunei.
The recitals of Surah Al-Fatihah and doa selamat were led by MINDEF Senior Religious Officer, Ustaz Haji Ruslan bin Haji Sulaiman.
Over the years, the Ministry of Defence and the RBAF have provided attachment to technical and vocational students from the three educational institutions. The MOU will provide a more structured and efficient approach of managing the placement of these students so that it will achieve its desired objectives.
The overall objective of the MOU is to promote cooperation through the provision of student attachment from the educational institutions to the Ministry of Defence and RBAF, in support of the national human resources development policies. Through this collaboration, the Ministry of Defence shall provide the students with opportunities to apply their technical and vocational skills through a structured working experience, and at the same time to stimulate their interests and awareness in defence science and technology, and security and defence management matters.
The MOU will also provide the students from Universiti Brunei Darussalam, Institut Teknologi Brunei and the Department of Technical Education with the following:-
• a programme of structured work experience whereby the students will achieve an agreed objective in work discipline, work safety and working with others;
• a real work-based environment to enhance their learning and achievement; and
• an opportunity to observe first-hand application of technical skills, the implementation of management structures and the performance of vocational roles and responsibilities.
It also promotes closer collaborations on research and development as well as exchange of knowledge in areas of mutual interest between the parties.
In addition, it enables the parties to participate in the human resource development of Brunei’s youth.
The MOU will serve as a reference on the collaboration terms for undergraduate internship supervision under the function of UBD Discovery Year. For the ITB, the MOU will pave the way for increased cooperation in areas that are mutually beneficial to both ITB and MINDEF. For the DTE, this MOU will ensure that the student is updated with the current technology and the quality of the VTE graduates meets the industry requirements.
The targeted total number of students to undergo attachment annually for UBD is 47, ITB is 47 and DTE, MOE is 190. The number may be reviewed from time to time to suit existing commitment or demands.
KEMENTERIAN PERTAHANAN TANDATANGANI MOU DENGAN UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM, INSTITUT TEKNOLOGI BRUNEI DAN
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK, KEMENTERIAN PENDIDIKAN,
BOLKIAH GARISON, Selasa 31 Januari 2012 - Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Mengenai Kerjasama Dan Penempatan Penuntut Di Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diadakan pada pagi ini di Mes Pegawai Bolkiah Garison.
Majlis menyaksikan penandatanganan tiga Memorandum Persefahaman berasingan antara Kementerian Pertahanan dan Universiti Brunei Darussalam (UBD), dan Institut Teknologi Brunei (ITB), Jabatan Pendidikan Teknik (DTE), Kementerian Pendidikan masing-masing.
MOU tersebut telah ditandatangani oleh Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan), Kementerian Pertahanan, Haji Awang Saifulbahri bin Haji Awang Mansor, Pemangku Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), Muhammad Shahrul Nizzam bin Umar bagi MOU dengan UBD, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sains dan Teknologi (P3ST), Kolonel (L) Muzri bin Haji Mokhsin bagi MOU dengan ITB, dan Pengarah Logistik, Kolonel (U) Haji Hamsani bin Hj Hamid bagi MOU dengan Jabatan Pendidikan Teknik (DTE), Kementerian Pendidikan.
Menandatangani bagi pihak Universiti Brunei Darussalam, Institut Teknologi Brunei, dan Jabatan Pendidikan Teknik (DTE), Kementerian Pendidikan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Haji Junaidi bin Haji Abd Rahman, Naib Chanselor UBD, Dato Paduka Dr Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, Naib Chanselor ITB, Dato Paduka Dr Haji Omar bin Haji Khalid, dan Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Teknik (DTE), Mulia Haji Mohd Sharifuddin bin Haji Mohd Salleh.
Majlis menandatangani MOU ini telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, dan Timbalan Menteri Pendidikan, Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail. Turut hadir pada majlis itu ialah ahli-ahli lain Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Universiti Brunei Darussalam, dan Institut Teknologi Brunei.
Bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat telah dipimpin oleh Pegawai Ugama Kanan Kementerian Pertahanan, Ustaz Haji Ruslan bin Haji Sulaiman.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kementerian Pertahanan dan ABDB telah menyediakan penempatan kepada penuntut-penuntut teknikal dan vokasional dari ketiga-tiga institusi pendidikan. MoU ini akan menyediakan pendekatan yang lebih terarah, teratur dan efisien dalam menguruskan penempatan penuntut-penuntut ini supaya ia akan mencapai objektif yang diinginkan.
Objektif keseluruhan MOU ini adalah untuk mempromosi kerjasama melalui pembekalan penempatan para penuntut dari institusi-institusi pendidikan kepada Kementerian Pertahanan dan ABDB, dalam menyokong dasar-dasar pembangunan sumber manusia negara. Melalui kerjasama ini, Kementerian Pertahanan akan menyediakan penuntut dengan peluang-peluang untuk mengapplikasi kemahiran teknikal dan vokasional mereka melalui pengalaman kerja yang berstruktur, dan pada masa yang sama untuk meningkatkan minat dan kesedaran mereka dalam sains dan teknologi pertahanan, dan isu-isu pengurusan keselamatan dan pertahanan.
MOU ini juga akan menyediakan para penuntut dari Universiti Brunei Darussalam, Institut Teknologi Brunei dan Jabatan Pendidikan Teknik dengan perkara-perkara berikut:
• program pengalaman kerja yang berstruktur di mana penuntut akan mencapai objektif yang telah dipersetujui dalam kerja-kerja disiplin, keselamatan kerja dan bekerja dengan orang lain.
• suasana bekerja sebenar untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi mereka;
• peluang untuk melihat sendiri penggunaan kemahiran teknikal, pelaksanaan struktur pengurusan dan prestasi peranan dan tanggungjawab vokasional.
Ia juga mempromosi kerjasama yang erat dalam penyelidikan dan pembangunan serta pertukaran pengetahuan dalam bidang-bidang kepentingan bersama antara pihak-pihak.
Di samping itu, ia membolehkan pihak-pihak untuk terlibat dalam pembangunan sumber manusia bagi belia-belia Brunei.
MOU ini juga akan dijadikan rujukan bagi terma-terma kerjasama untuk penyeliaan penempatan bagi penuntut sarjana muda di bawah fungsi ‘Discovery Year UBD’. Bagi ITB, MOU ini akan akan menyediakan arahtuju bagi peningkatan kerjasama dalam bidang-bidang yang saling bermanfaat kepada kedua-dua ITB dan Kementerian Pertahanan. Bagi DTE, MOU ini akan memastikan agar para penuntut dikemaskini dengan teknologi semasa dan kualiti graduan VTE memenuhi keperluan industri.
Jumlah bilangan penuntut dalam penempatan yang menjadi sasaran setiap tahun bagi UBD adalah seramai 47 orang, ITB seramai 47 orang dan DTE, Kementerian Pendidikan seramai 190. Bilangan ini boleh dikaji semula dari semasa ke semasa untuk menepati komitmen atau permintaan yang sedia ada.





Photos by Sgt Hj Rosaimi Hj Lamit, PRU









