Ta'alim Al Quran Program Begins for RBAF New Converts
By Normasitirena Suhaini
PENANJONG Garrison, Tuesday, January 24, 2012 - In an effort to provide basic education in reading the Al-Quran and to produce officers and members of the RBAF that are literate in reading the Al-Quran, RBAF Religious Department conducted the Ta'alim Al-Quran Program for new converts of the Royal Brunei Armed Forces.
The opening of the Qur'an Ta'alim Program for the new converts began this morning at the Evolution Centre Training Institute RBAF at Penanjong Garrison that was officiated by Lt. Col. Abdul Ghani bin Haji Abdullah.
This program is a follow up to the Titian Iman program to expand and apply the knowledge of reading the Al-Quran while educating members of the RBAF to internalise and practice with the Al-Quran and "Zikrullah" (remembrance of Allah).
The program is to be held for six days from January 24 to January 31, 2012. A total of 35 participants are participating in the Ta'alim Al-Quran program comprising RBAF new converts.
PEMBUKAAN PROGRAM TA’ALIM AL-QURAN BAGI SAUDARA-SAUDARA BARU ABDB
PENANJONG GARISON, Selasa 24 Januari 2012 – Sebagai usaha untuk memberikan pendidikan asas dalam pembacaan Al-Quran dan melahirkan pegawai-pegawai dan anggota ABDB yang celik dalam pembacaan Al-Quran, Jabatan Agama ABDB telah mengendalikan satu Program Ta’alim Al-Quran bagi saudara-saudara baru Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Pembukaan Program Ta’alim Al-Quran bagi saudara-saudara baru ABDB telah bermula pagi ini di Pusat Evolusi Institut Latihan ABDB Penanjong Garison dan dirasmikan oleh Lt. Kol Abdul Ghani bin Haji Abdullah.
Program ini adalah sebagai keseinambungan Program Titian Iman yang lalu untuk memperkembangluaskan dalam penerapan ilmu bacaan Al-Quran sekaligus mendidik anggota ABDB untuk menghayati dan sentiasa beramal dengan Al-Quran dan Zikrullah.
Program ini dilaksanakan selama enam hari bermula 24 Januari hingga 31 Januari 2012. Seramai 35 orang peserta yang mengikuti Program Ta’alim Al-Quran yang terdiri dari saudara-saudara baru ABDB.
Oleh Sjn (L) Hj Muhd Hasbi Ashsiddieqy Hj Salleh




Photos by Hj Zaini Ajong









