News

  • News

    News archives from Ministry of Defence

  • RBAF 51st Anniversary News

    HURAIAN LOGO SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KE 51 TAHUN

    Konsep logo Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah berlandaskan tema ‘Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam’. Pada tahun ini ianya berbentuk bulat dan segi empat yang memberi pengertian lingkaran pertahanan yang kukuh. Ciri utama rekaan adalah Logo Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang didampingi kiri dan kanan dengan angka 51 dalam huruf rumi dan jawi, berlatar belakangkan pemandangan sebuah negara Melayu Islam Beraja dan sillhouette tentera yang diwarna dengan jalur Rejimen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

    Lambang Angkatan Bersenjata Diraja Brunei memperlihatkan 3 simbol gabungan perkhidmatan iaitu Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara Diraja Brunei yang mana ketiga-tiga perkhidmatan ini mempunyai peranan penting dalam mempertahankan warisan bangsa Melayu yang berteraskan agama Islam dan mendukong kedaulatan Raja. Lingkungan bunga padi melambangkan perpaduan rakyat yang hidup makmur di bawah mahkota raja, pemerintah negara, yang gehara.

    Angka 51 di dalam huruf rumi dan jawi melambangkan usia yang dikira cukup dewasa bagi sebuah Angkatan Bersenjata. Latar belakangnya yang berwarna hijau adalah sinonim kepada warna Islam dan warna kemakmuran bangsa dan negara. Ianya justeru melambangkan warna kehijauan negara kita yang dipenuhi dengan tumbuhan flora dan fauna. Warna Jalur Regimen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang terdiri dari warna kuning, putih, merah dan hitam adalah warna identiti utama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang juga berasaskan warna bendera Negara Brunei Darussalam. Kesatuan jalur-jalur warna ini melambangkan perpaduan dan kekuatan sebuah institusi pertahanan dalam menghadapi sebarang cabaran atau rintangan.

    Latar belakang gambaran sebuah masjid, rumah kampung melayu dan istana melambangkan identiti Negara Brunei Darussalam manakala sillhouette berbentuk seorang askar, kapal perang dan pesawat helikopter pula mencerminkan institusi pertahanan yang bertanggungjawab menjana keamanan dan kedaulatan negara. Lantaran cantuman simbol-simbol ini sinonim kepada tema “Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam”.

     


    HURAIAN TEMA “MEMPERTAHANKAN NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM”

    Tema sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-51 pada tahun ini ialah ‘Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam’. Tema ini selaras dengan tema Hari Kebangsaaan Negara Brunei Darussalam iaitu ‘Negaraku Brunei Darussalam’. Tema ‘Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam’ telah diperkenalkan pada tahun 2011 di sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-49 dan ianya direncanakan untuk dipergunakan sebagai tema Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi tempoh masa 5 tahun mendatang.

    Tema ‘Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam’ ini membawa pengertian yang mendalam dan sangat releven kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei amnya. Negara Brunei Darusaalam adalah sebuah negara beraja yang unik dan telah berjaya menempah namanya di persada dunia dalam pelbagai urusan dan hubungan antarabangsa. Dalam perspektif ini dapatlah diterjemahkan bahawa peranan negara kita sememangnya sangat mengutamakan keamanan sejagat disamping mempunyai daya saing positif dan berwawasan tinggi kearah apajua perancangan berbentuk dalaman, rantauan mahupun di peringkat global.

    Justeru itu sebagai sebuah negara yang berintipatikan kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan, ianya perlu dikalis dengan pelbagai sistem pertahanan untuk menjamin keselamatan rakyat dan sumber kehidupannya agar dapat terus bertahan. Salah satu keutamaan ini ialah inisiatif Angkatan Bersenjata Diraja Brunei untuk mengukuhkan dan meningkatkan lagi persediaan dan kebolehan pertahanan bagi menghadap arus Cglobalisasi dan era teknologi tinggi yang dinamik ini.

    Cabaran-cabaran seperti ini perlu dihadapi dengan perancangan dan perlaksanaan yang teratur dan berwibawa. Ianya melibatkan dasar, perolehan kelengkapan terkini yang berpatutan dan perkembangan sumber tenaga manusia yang berakar umbi dari nilai teras prinsip negara kita Melayu Islam Beraja. Oleh yang demikian tema Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-51 ‘Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam’ adalah suatu aspirasi yang sangat bermakna kepada seluruh warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Ianya menyarankan agar kita sebagai anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei untuk terus peka terhadap kepentingan bagi memelihara dan meningkatkan lagi kemampuan dan tanggung jawab yang telah diamanahkan.

    Tanggungjawab kita ialah untuk mempertahankan negara Brunei Darussalam yang aman sejahtera ini dari digugat oleh anasir-anasir negatif dari pelbagai arah dan bentuk. Justeru dengan berbekalkan prinsip daya saing dalam menimba ilmu pengetahuan dan keimanan dalam beragama, kita semua berdoa dan bertawakal agar usaha murni Aangkatan Bersenjata Diraja Brunei akan sentiasa mendapat petunjuk dan keredhaan Allah Subahanahu Wata’ala demi mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam.


IL Banner small

suara perajurit

Local Weather

77°
25°
°F | °C
Mostly Cloudy
Humidity: 89%
Mon

73 | 90
22 | 32
Tue

75 | 90
23 | 32
Wed

75 | 90
23 | 32
Thu

75 | 91
23 | 32

Events Calendar

May 2013 June 2013
Su Mo Tu We Th Fr Sa
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

Upcoming Events

View full calendar

Web Counter

Visitors Online

We have 848 guests online

RBAF Major Units

TD DB    Royal Brunei Land Force
TL logo1    Royal Brunei Navy
TU DB logo   Royal Brunei Airforce
IL ABDB   Training Institute RBAF

Contact Us

Public Relations Unit
Ministry of Defence
Bolkiah Garrison BB3510
Brunei Darussalam
Tel: +6732-2386371 / 2386372 / 2386373
Fax: +673-2381934 / +673-2383277
Email: pru@mindef.gov.bn