Pasukan Karatedo MS ABDB Raih 2 Pingat Emas
Oleh Mejar Sopian Yassin
KOMPLEKS SUKAN TUTONG, Ahad, 9 Sept 2012– Pertandingan Karatedo bagi Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam ke 1 telah berlangsung bermula dari 7 – 9 Sept 2012.
Tujuh pasukan turut bertanding iaitu Pasukan Daerah Brunei Muara, Pasukan Belait, Pasukan Tutong, Pasukan Temburong, Pasukan Majils Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB), Pasukan Institusi Pengajian Tinggi dan Pasukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah. Sebanyak 16 kategori telah dipertandingkan manakala Pasukan MS ABDB telah menyertai 12 kategori dalam pertandingan tersebut.
Dalam pertandingan yang berlangsung selama 3 hari itu, Pasukan MS ABDB telah berjaya meraih kutipan pingat sebanyak 2 pingat emas, 8 pingat perak dan 2 pingat gangsa.













