KDB Darulaman sail Off To Participate KAKADU 2012 in Darwin, Australia
By Capt (L) Ade Roddianne Mohd Rosdi
MUARA, Monday 20 August 2012 - KDB Darulaman which is led by 408 Lt Col (L) Pg Mohammad bin Pg Haji Damit as Commanding Officer with 60 crew members including officers had departed Brunei towards sea voyage to Darwin, Australia to take part in Exercise KAKADU 2012. The start of the voyage which also falls on the first day of Aidilfitri will take one week for KDB Darulaman to reach Darwin, Australia.
It will be the Royal Brunei Navy's (RBN) first-time ever participation in Exercise KAKADU. It is a multi-national exercise which is hosted annually by Royal Australian Navy (RAN). The exercise itself will go on for two weeks at the deep sea of Darwin, Australia and it will be focused primarily on naval operation specifically in Anti-Surface Warfare.
The RBN's main purpose in taking part in the exercise is to further enhance the professionalism of the involved Royal Brunei Navy's personnel as individuals as well as a team. It is also a strategic mean to enhance Defence Diplomacy initiative in accordance with Brunei Darussalam's Defence White Paper. Although RBN is considered as a small navy but with this initiative, it will also add more values to RBN in playing in a more global role and professionalism equally with other bigger navies. At the same time, the sea voyage experience is no less important as it will enhance knowledge and expertise of every involved personnel in utilising the ship's system and equipment as well as individual's endurance in facing the unexpected challenging sea.
The exercise will involve other friendly navies namely; Australia, France, Indonesia, Japan, New Zealand, Singapore and Thailand which consist of 18 naval ships and 14 aircraft. KDB Darulaman will be expected to return to Brunei Darussalam on the 24 September 2012.
During the slip off at RBN Jetty, First Admiral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah, Commander of RBN, RBN officers as well as families of the involved personnel were also attended to say farewell and doa that Allah may always grant safety throughout their journey.
KDB DARULAMAN SERTAI EKSESAIS KAKADU DI DARWIN, AUSTRALIA
MUARA, Isnin 20 Ogos 2012 - KDB Darulaman yang diketuai oleh 408 Lt Kol (L) Pg Mohammad bin Pg Haji Damit sebagai Pegawai Pemerintah Kapal bersama 60 krew kapal termasuk pegawai-pegawai telah memulakan perlayaran menuju ke Darwin, Australia bagi menyertai Eksesais KAKADU 2012. Perlayaran KDB Darulaman yang juga bermula pada hari pertama Aidilfitri dijangka akan mengambil masa selama 7 hari untuk sampai ke Darwin, Australia.
Eksesais KAKADU merupakan penyertaan yang pertama buat Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Ianya adalah eksesais tentera laut berbilang hala yang dihoskan setiap tahun oleh Tentera Laut Diraja Australia di Australia. Pada tahun ini Eksesais KAKADU berlangsung selama dua minggu di laut dalam Darwin, Australia dan ianya akan berfokus dalam konsep gerakan laut khususnya dalam bidang Perperangan Permukaan Laut.
Tujuan TLDB mengikuti Eksesais KAKADU 2012 adalah untuk meningkatkan lagi profesionalisme TLDB sama ada secara individu mahupun berpasukan. Ianya juga adalah suatu matlamat strategik untuk meningkatkan lagi inisiatif Diplomasi Pertahanan yang sejajar dengan Kertas Putih Pertahanan Negara Brunei Darussalam.
Langkah ini juga dinilai dapat menaikan lagi martabat TLDB yang dianggap kecil tetapi berperanan global justeru sebanding dan memiliki profesionalisme yang setara dengan tentera laut besar. Selainnya pelayaran yang jauh ini sangat bermanafaat bagi anggota kapal bagi mempertingkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan setiap individu TLDB dalam mengendalikan peralatan kapal dan ketahanan mengharungi laut dalam yang bergelora.
Sebanyak 18 buah kapal dan 14 pesawat terbang tenetera dari lapan Tentera Laut negera serantau akan mengambil bahagian dalam eksesais tersebut. Tentera Laut sahabat yang terlibat adalah dari negara Australia, Brunei, Perancis, Indonesia, Jepun, New Zealand, Singapura dan Thailand. KDB Darulaman dijangka akan kembali ke tanahair pada 24 September 2012.
Semasa kapal melepaskan tali bagi memulakan perlayaran di Jeti TLDB, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah, Pemerintah TLDB dan pegawai-pegawai TLDB berserta keluarga bagi anggota-anggota yang terlibat juga turut hadir bagi mengucapkan selamat jalan dan mendoakan agar pelayaran mereka selamat dan diberkati oleh Allah SWT jua.














