Majlis Khatam Al-Quran Bagi Peringkat Kementerian Pertahanan
BOLKIAH GARISON, Khamis 16 Ogos 2012 - Kementerian Pertahanan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran kedua bersempena dengan menyambut bulan Ramadhan.
Majlis dihadiri oleh Dato Paduka Haji Mustappa Bin Haji Sirat, Timbalan Menteri Pertahanan dan Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigadier General Dato Seri Pahlawan Mohd Tawih bin Abdullah. Turut hadir dimajlis tersebut, Ahli-Ahli Eksekutif Pertahanan, Pengarah-Pengarah Awam dan Tentera, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta PTB Kanan dan Rendah.
Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu Zohor berjemaah diikuti dengan sembahyang dan diikuti dengan bacaan Al-Fatihah yang dikepalai oleh Timbalan Menteri Pertahanan. Seterusnya bacaan takhtim dan doa khatam dipimpin oleh Imam Shuib bin Haji Abdullah, Imam Surau Kementerian Pertahanan serta pembaca dari setiap Jabatan arah Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison. Majlis diteruskan dengan laungan dikir marhaban dan doa penutup.
Pada bulan ramadhan ini Surau Kementerian Pertahanan telahpun berjaya mengkhatamkan bacaan tedarus Al-Quran sebanyak dua kali. Disamping Khatam Al-Quran juga merupakan salah satu aktiviti Ihya Ramadhan pada tahun ini disamping mensyukuri nikmat yang telah dilimpahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala khusus dibulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan.















