Print
PDF

RBAF Reaches Out To Local Resident In Temburong

By Capt Mohd Ghazali Hussin

frontTEMBURONG, Wednesday 15 August 2012 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) continued their kind gesture to promote interaction with the community through another hearts and minds project in conjunction with RBAF 51st anniversary celebration. The project of this kind is one of RBAF missions to promote welfare and well-being of the community as outlined by His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam’s government.

The project named ‘Titian Amal’, collaborated between the RBAF and the Temburong District Office is a link between RBAF and the local community in order to promote welfare and solidarity through this charitable effort.

This project is focused on repair works of the residence of a less fortunate permanent resident, Awang Alias bin Abdullah.  It involved replacement of some of the vertical columns and beams, walls, roof, kitchen and the interior of the house including painting and decorating which began on 21 May 2012 and completed recently on 18 August 2012. The overall cost for implementing this project estimated at BND$3000.00 was contributed by the Temburong District Office and RBAF. Whereas other additional infrastructural necessities, manpower and building expertise were facilitated by personnel from the Combat Engineer Squadron, Support Battalion of the Royal Brunei Land Force (RBLF).

This project is an invaluable success to RBAF as it promotes teamwork and brings a huge benefit not only to RBAF but also to the local community. This charitable effort will also portray confidence and trust to other government agencies in promoting RBAF social responsibilities, effectiveness, capabilities and commitment to the welfare and development of the nation.

The official hand-over ceremony was held this morning by the Commander of RBAF, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin who then presented the plaque to Awang Alias.

Also present at the ceremony were the Commander of RBLF, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Yussof bin Haji Abd Rahman, Member of the Legislative Council, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad, senior government officials, senior RBAF officers, Penghulu of Mukim Amo, Kampong Selangan Village Head and other representative from Government agencies as well as family members of Awang Alias who were involved in the success of this community project.

At a separate occasion, Commander of RBAF and the entourage also took a closer look at the residence of Lance Corporal (Retd) Rusali bin Jamaat nearby, who received a similar assistance in term of renovation works to his house which was completed on 26 June 2012.    He also received donation from RBAF in the form of furniture set.

The handover ceremonies and donations are aimed before the forthcoming Hari Raya celebration to ensure the least fortunate ones can also enjoy the festivity with a more conducive environment.   


ABDB HULUR BANTUAN KEMASYARAKATAN DI TEMBURONG



TEMBURONG, Rabu 15 Ogos 2012 – Salah satu usaha Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) kearah pendekatan dan pemedulian yang berterusan dalam menghubungkan serta berinteraksi bersama masyarakat setempat, ABDB sekali lagi menghulurkan satu lagi bantuan projek kemasyarakatan sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke 51. Projek seperti ini merupakan salah satu misi ABDB dalam menjaga kesejahteraan rakyat dan penduduk seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Projek yang diberi nama ‘Titian Amal’ ini merupakan hasil usaha sama diantara ABDB dan Jabatan Daerah Temburong dalam membaikpulih rumah kediaman seorang penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang kurang upaya iaitu Awang Alias bin Abdullah.

Kerja-kerja membaikpulih mula diungkayahkan pada 21 Mei 2012 dan siap pada 13 Ogos 2012 yang lepas. Kerja membaikpulih ini merangkumi tugas-tugas penggantian tiang dan gelagar, mengubahsuai ruang tamu dan keseluruhan dapur, pembinaan tangga rumah yang baru, penggantian sebahagian dinding dan sinta serta penggantian keseluruhan atap rumah dan kerja-kerja mengecat dan menghias. Anggaran perbelanjaan asas bagi melaksanakan projek ini bernilai sebanyak BND$3000.00 sumbangan Jabatan Daerah Temburong dan ABDB.  Manakala sumbangan bagi keperluan tenaga manusia serta kemahiran dalam pembinaan adalah sepenuhnya dari anggota-anggota Skuadron Jurutera Tempur, Batalion Bantu, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Projek ini merupakan satu kejayaan yang amat berharga kepada anggota-anggota ABDB yang mana ianya dapat memupuk semangat berpasukan dan memberikan banyak manfaat sama ada dari pihak ABDB dan masyarakat setempat. Dengan adanya projek ini, ianya dapat memberikan kepercayaan kepada pihak agensi kerajaan yang lain akan keberkesanan dan komitmen yang disumbangkan oleh ABDB kepada kesejahteraan dan pembangunan rakyat dan negara.
Majlis penyerahan rasmi projek telah diadakan pagi ini dilokasi tapak projek tersebut yang telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin kepada Awang Alias bin Abdullah.

Turut hadir di upacara ini ialah Pemerintah TDDB, Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Yussof bin Haji Abd Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad, Pegawai-pegawai Kanan kerajaan dan ABDB, Penghulu Mukim Amo, Ketua Kampong Selangan dan penduduk kampong serta ahli keluarga Awang Alias yang terlibat dalam menjayakan projek kemasyarakatan ini.

Di acara yang berasingan, Pemerintah ABDB berserta rombongan juga melawat rumah kediaman Lans Koperal (B) Rusali bin Jamaat di tempat yang berhampiran, yang juga telah menerima bantuan baikpulih yang sama, dan kerja-kerja tersebut telah siap pada 26 Jun 2012. Beliau juga menerima bantuan dari ABDB dalam bentuk set perabut.

Majlis-majlis penyerahan dan bantuan tersebut diadakan sebelum sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang untuk memastikan mereka-mereka yang kurang berkemampuan akan dapat sama-sama menikmati sambutan dalam suasana yang lebih selesa.

 

3

Temb

2

1


IL Banner small

suara perajurit

Local Weather

77°
25°
°F | °C
Mostly Cloudy
Humidity: 89%
Mon

73 | 90
22 | 32
Tue

75 | 90
23 | 32
Wed

75 | 90
23 | 32
Thu

75 | 91
23 | 32

Events Calendar

May 2013 June 2013
Su Mo Tu We Th Fr Sa
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

Web Counter

Visitors Online

We have 529 guests online

RBAF Major Units

TD DB    Royal Brunei Land Force
TL logo1    Royal Brunei Navy
TU DB logo   Royal Brunei Airforce
IL ABDB   Training Institute RBAF

Contact Us

Public Relations Unit
Ministry of Defence
Bolkiah Garrison BB3510
Brunei Darussalam
Tel: +6732-2386371 / 2386372 / 2386373
Fax: +673-2381934 / +673-2383277
Email: pru@mindef.gov.bn