RBAF Extends Aid to 127 Orphans
By Capt Mohd Alimin Subohi
BERAKAS GARRISON, Friday 10 August 2012 - Some 127 Muslim orphans from a total of 60 families of ex-Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel received donations this morning in a ceremony called ’Sentuhan Kasih Ramadhan’. The ceremony was held at the Berakas Garrison Surau.
On hand to present the donations were the Commander of RBAF, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin and wife, Datin Nurhayana Janis binti Abdullah.
The ceremony began with the mass reading of Surah Yasin, Tahlil and ‘Doa Arwah’ led by Lieutenant Narul Ismadi bin Haji Ismail, Training Officer Religious Department RBAF (JAMAAT) and then followed by opening remarks by the Chairman of the ceremony Major Tarip bin Haji Karia.
The ’Sentuhan Kasih Ramadhan’ ceremony is a yearly welfare event organise by the RBAF during the month of Ramadhan. This event aims to ease the burden of the orphans in their preparation of the upcoming Hari Raya Aidilfitri celebration. It reflects how the caring attitude and charitable culture should be continually raised towards the orphans and ideally improves the social responsibility among the RBAF community. Whilst at the same time to salute the loyal duty of their departed parents while serving within the RBAF.
Aid donated in the form of cash and beverages that have been channeled from the RBAF Welfare Fund, Private Companies and Individuals, RBAF Wives Welfare Committee (BAKTI) and Bank Islam Brunei Darussalam.
Present at the ceremony were Service Commanders and Commandants, Directors, with wives, RBAF officers and families of the celebrated orphans.
Hulur Sumbangan Kepada 127 Anak Yatim ABDB
BERAKAS GARISON, Jumaat 10 Ogos 2012 – Seramai 127 orang anak-anak yatim yang beragama Islam daripada 60 buah keluarga bekas anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima sumbangan derma pada pagi ini dalam satu majlis yang diberi nama ’Sentuhan Kasih Ramadhan’. Majlis diadakan di Surau Berakas Garison.
Hadir bagi menyempurnakan huluran sumbangan ini adalah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri, Datin Nurhayana Janis binti Abdullah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah yang diketuai oleh Leftenan Narul Ismadi bin Haji Ismail, Pegawai Latihan Jabatan Agama ABDB (JAMAAT) dan diikuti dengan ucapan kata alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Mejar Tarip bin Haji Karia.
Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan ini merupakan salah satu acara kebajikan yang diungkayahkan oleh ABDB pada setiap tahun menjelangnya bulan Ramadhan. Acara ini bertujuan untuk meringankan beban anak-anak yatim dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Dalam waktu yang sama ianya juga mencerminkan sikap keprihatinan dan budaya bersedekah akan dapat terus ditingkatkan terhadap anak-anak yatim selain untuk menambahkan amal ibadah di kalangan warga ABDB. Selain dari itu ianya juga adalah untuk memperingati jasa bakti terhadap sumbangan ibubapa mereka semasa berkhidmat di dalam ABDB.
Sumbangan derma yang dihulurkan adalah berbentuk wang tunai beserta minuman yang telah disalurkan dari Tabung Kebajikan ABDB, Warga Syarikat-Syarikat Swasta dan Perseorangan, Badan Kebajikan Isteri Isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI) dan Bank Islam Brunei Darussalam.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pemerintah-Pemerintah Tentera dan Komandan-Komandan Unit, Pengarah-Pengarah, beserta isteri masing-masing, para pegawai tentera ABDB dan keluarga anak-anak yatim yang diraikan dalam majlis tersebut.






Photos by LCpl Hj Hilmi Hj Abd Latif, PRU









