Majlis Nuzul Al-Quran Bagi Askar Wanita ABDB
Oleh Lt Ariffin Amit
BERAKAS GARISON, Khamis 09 Ogos 2012 - Dalam memperingati sambutan Nuzul Al-Quran sebagai salah satu hari-hari kebesaran Islam dinegara Brunei Darussalam, Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei(ABDB) telah mengendalikan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran khusus bagi anggota-anggota Askar Wanita seluruh unit Angkatan Tentera dan Kementerian Pertahanan bertempat di Surau Berakas Garison.
Majlis Nuzul Al-Quran bagi Askar Wanita diisikan dengan pembentangan Bengkel Jati Diri dan Kepimpinan Islam yang membentangkan Tajuk "KEPIMPINAN MUSLIMAH MEMBINA JATIDIRI UMMAH" yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) Mejar Norhayati bte Haji Yusof. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Lt Kol Hjh Hasimah binti Hj Abu Bakar,Timbalan Komandan Akademi Pertahanan ABDB.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Askar Wanita, anggota-anggota PTB-PTB Kanan dan Lain-Lain Peringkat Askar Wanita serta Guru-guru ugama Askar Wanita. Ianya bertujuan untuk menyemarakkan Majlis Nuzul Al-Quran yang disambut setiap tahun disamping menyalurkan ilmu kepimpinan kepada Anggota AskarWanita dan untuk melibatkan majlis Keagamaan Kepada Askaw Wanita.




Gambar-Gambar Oleh Hj Zaini Ajong & Amal Ramizah Ramlee, PRU









