Print
PDF

Bengkel Jati Diri dan Kepimpinan Islam ABDB

Oleh Lt Ariffin Amit

frontBOLKIAH GARISON, Rabu 8 Ogos 2012 - Sempena Program Ihya Ramadhan yang dilaksanakan di seluruh perkhemahan Angkatan BersenjataDiraja Brunei pada bulan Ramadhan 1433H tahun ini, Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT) dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT), telah mengadakan Bengkel Jati Diri dan Kepimpinan Islam yang khusus diberikan kepada Pegawai-pegawai dan Anggota-Anggota ABDB.

Bengkel dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Pejabat Urusetia Pemerintah ABDB, Lt. Kol Abdullah Ghani bin Haji Abdullah. Bengkel bertujuan untuk peningkatan keyakinan serta jati diri serta keupayaan kepimpinan berlandaskan garis pandu agama Islam disamping mengajak semua yang hadir untuk mengerti apa yang tersirat dalam hal-hal kepimpinan serta mengetahui akan pemberian hak-hak seorang pemimpin kepada yang dipimpin begitu juga sebaliknya dari yang dipimpin kepada pimpinan mereka.

Pelancaran bengkel telah dihadiri oleh Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Padukan Haji Abidin, Pemerintah ABDB serta beberapa pegawai-pegawai kanan ABDB. Bengkel dimulakan dengan penyampaian kertas kerja bertajuk "Kepimpinan Mukmin Professional" oleh Kol Haji Mohd Saodi bin Haji Kassim, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatanarah KAGAT dan ianya diteruskan dengan penyampaian program Pembersihan Jiwa oleh Mejar Jihadi bin Haji Ahmad, Pegawai Agama KAGAT.

Bengkel selama dua hari bermula pada 8 Ogos 2012 khusus bagi Pegawai-pegawai lelaki berpangkat Mejar Kebawah dan pada 9 Ogos 2012 khusus diberikan kepada PTB-PTB kanan lelaki berpangkat Pegawai Waran dan bagi Askar Wanita ABDB. Bengkel berkenaan diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran terhadap amanah yang dipegang seorang selaku pemimpin disamping mengeratkan lagi hubungan kerjasama diantara ABDB dan Angkatan Tentera Malaysia khususnya di antara Jabatan Agama ABDB  (KAGAT) dan Jabatanarah Kor Agama ATM (KAGAT).

1

2

3

Gambar oleh Serabah Abas


IL Banner small

suara perajurit

Local Weather

77°
25°
°F | °C
Mostly Cloudy
Humidity: 89%
Mon

73 | 90
22 | 32
Tue

75 | 90
23 | 32
Wed

75 | 90
23 | 32
Thu

75 | 91
23 | 32

Events Calendar

May 2013 June 2013
Su Mo Tu We Th Fr Sa
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

Upcoming Events

View full calendar

Web Counter

Visitors Online

We have 657 guests online

RBAF Major Units

TD DB    Royal Brunei Land Force
TL logo1    Royal Brunei Navy
TU DB logo   Royal Brunei Airforce
IL ABDB   Training Institute RBAF

Contact Us

Public Relations Unit
Ministry of Defence
Bolkiah Garrison BB3510
Brunei Darussalam
Tel: +6732-2386371 / 2386372 / 2386373
Fax: +673-2381934 / +673-2383277
Email: pru@mindef.gov.bn