Tahlil For Deceased RBAF Victims of Helicopter Crash
By Siti Zahira Hj Abu Bakar
BERAKAS GARRISON, Tuesday, 24 July 2012 - The sorrow and sympathy of the people in Brunei Darussalam on the Bell 212 helicopter crash accident last Friday was greatly felt. A total of 12 victims were killed in the crash. The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) also express their condolences to the families of victims. It is a test from Allah to His servants the beloved.
Towards enriching the sympathy of the Ministry of Defence and RBAF for the families of the victims, a religious ceremony of reading the Yassin and Tahlil were conducted simultaneously this morning at two separate surau, Berakas Garison for male personnel and the Ministry of Defence Surau in Bolkiah Garison for female personnel.
Among those present at the ceremony at the Berakas Garrison Surau were Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Deputy Minister of Defence; Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Commander of the RBAF. Also present were members of the Defence Executive Committee, Service Commanders, Senior Officers, Officers and other ranks personnel of the RBAF.
The ceremony in the hall was filled with recital of the Surah Yasin and tahlil, which ended with a special prayer for the deceased victims.
In the midst of a grieving event happened on Friday 20 July 20, a Royal Brunei Air Force helicopter Bell 212 carrying fourteen (14) RBAF personnel after a routine training was involved in a crash accident in Ulu Belait, resulting in loss of twelve (12) lives whereby two (2) of which injured are currently being treated at Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
All the departed victims were buried on Saturday, July 21, 2012. May their souls be blessed and be placed among believers and may the family members continue to stay strong and bless by Allah the Almighty.
TAHLIL KHAS BUAT MANGSA ABDB YANG TERKORBAN DALAM NAHAS KEMALANGAN HELIKOPTER
BERAKAS GARISON, Selasa 24 Julai 2012 – Kesedihan dan simpati rakyat di Negara Brunei Darussalam ke atas nahas kemalangan helikopter Bell 212 pada Jumaat lalu amat dirasai. Seramai 12 mangsa telah terkorban dalam nahas tersebut. Pihak Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. Ia merupakan ujian daripada Allah kepada hamba-hambanya yang dikasihi.
Bagi mencapai hasrat simpati Kementerian Pertahanan dan ABDB kepada keluarga mangsa, satu Majlis Membaca Yassin dan Tahlil telah diadakan secara serentak pada pagi ini di dua tempat berasingan, di Surau Berakas Garison bagi anggota-anggota lelaki dan di Surau Kememterian Pertahanan Bolkiah Garison bagi anggota-anggota wanita.
Antara yang hadir di majlis di Surau Berakas Garison ialah Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Timbalan Menteri Pertahanan; Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah ABDB. Hadir sama ialah Ahli-ahli Eksekutif Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta anggota dari Lain-Lain Peringkat ABDB.
Majlis di ruang dewan dilaungi dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil, yang kemudiannnya diakhiri dengan bacaan doa khusus buat anggota-anggota yang terkorban.
Dalam kejadian yang menghayat hati pada 20 Julai 2012 Jumaat lalu, sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Brunei Bell 212 yang membawa 14 orang anggota ABDB selepas menjalani latihan telah terlibat dalam nahas kemalangan di Ulu Belait, mengakibatkan kehilangan jiwa seramai 12 orang manakala 2 daripadanya cedera dan sedang menerima rawatan di Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Mangsa-mangsa yang terkorban telah selamat dikebumikan pada hari Sabtu 21 Julai 2012. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan semoga ahli keluarga mangsa terus dikurniakan keredhaan dan ketabahan dari Allah SWT.




Photos by LCpl Hj Helmi Hj Abd Latif & Amal Ramizah Ramlee, PRU









