His Majesty Attends RBAF Regimental Dinner
By Sahbirin Tarif
BERAKAS GARRISON, Monday 9 July 2012 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) consented to attend RBAF's Regimental Dinner to mark RBAF 51st Anniversary. The event took place at Berakas Garrison Officer's Mess.
His Majesty was accompanied by His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office and General of the RBAF.
Upon entering the hall, national anthem was played and His Majesty and His Royal Highness the Crown Prince then consented for a group photo with the Senior Officers of the Ministry of Defence and RBAF.
His Majesty then consented to received a ‘Pesambah’ from officers and personnel of the RBAF where later His Majesty and His Royal Highness also mingled with the officers in a meet-and-greet session.
Soon after, His Majesty and His Royal Highness were ushered to the dining hall, together with the RBAF Senior Officers for the Regimental Dinner that was accompanied by orchestral entertainment from the RBAF band.
After the Regimental Dinner, His Majesty and His Royal Highness the Crown Prince were invited to lead and conduct the RBAF band before receiving a ‘junjung ziarah’ from the RBAF Senior Officers.
Before departing, His Majesty and His Royal Highness the Crown Prince consented to sign the Royal Parchment.
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BERANGKAT KE MAJLIS SANTAP MALAM BERADAT ABDB
BERAKAS GARISON, Isnin 9 Julai 2012 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Beradat ABDB Sempena Hari Ulang Tahun ABDB Ke-51. Majlis telah berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison.
Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia di Mess Pegawai, Berakas Garrison dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Sejurus keberangkatan tiba baginda dan DYTM, nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan seterusnya dijunjung bagi sesi bergambar kenangan keberangkatan bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Kemudiannya baginda berkenan menerima pesambah dari pegawai-pegawai ABDB dan selepas itu baginda berkenan beramah mesra bersama pegawai-pegawai kanan dan ABDB. Selepas itu, Kebawah DYMM dan DYTM berangkat beredar ke Dewan Santap berserta para pegawai kanan ABDB bagi Majlis Santap Malam Beradat diiringi dengan persembahan dari pasukan Pancaragam ABDB.
Selesai Majlis Santap Malam Beradat, baginda dan DYTM beredar ke Bilik Khas yang menempatkan pasukan Pancaragam ABDB dan kemudian berkenan memimpin pasukan Pancaragam dan seterusnya baginda dan DYTM berkenan menerima junjung ziarah daripada
anggota pegawai-pegawai kanan ABDB.
Sebelum berangkat balik Kebawah DYMM dan DYTM berkenan menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan.








Photos by Sahbirin Tarif









