RBAF Women Military Personnel Celebrates 31st Anniversary
By Lt Massuliyanti Mohd Iskandar
BERAKAS GARRISON, Thursday 28 June 2012 - The women military personnel of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) celebrates its 31st anniversary by holding a Khatam Al-Quran and Doa Kesyukuran at the Surau in Berakas Garrison.
The Guest of Honour was Lt Kol Hjh Wan Shahlimar binti Haji Suhaili psc. The Retired woman officers and retired Woman Company Sergeant Majors were also invited, officers as well as women military personnel in the RBAF.
This year’s Khatam Al-Quran gathered a total of 31 Al-Quran readers from RBAF units of the Ministry of Defence, Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force and Training Institute RBAF in which 31 symbolized the RBAF's Women military personnel 31st Anniversary. The Khatam Al-Quran was lead by Ustazah Pg Hajah Sa'adiah binti Pg Haji Mahmud.
The ceremony was filled with the reading of Al-Quran, Takhtim and Tahlil, followed by Dzikir Marhaban and Doa Kesyukuran was read and then proceeded with the mass Maghrib prayer and ended with a reception. The ceremony was conducted as a religious event to be instilled to spur the Women military personnel 31st Anniversary. The ceremony was intended to inject spiritual elements to all officers and women military personnel in conducting their tasks with the blessings from Allah Subhannahu Wa Ta’ala.
The Women Military Company was officially established on 29 June 1981 with a strength of five members of the British women military and a civilian clerk. While the first intake consist of 28 locals (6 Officer Cadets and 22 recruits). The women military role is to provide energy assistance to the RBAF which is required to replace part of the duties of the male military personnel where necessary to allow male personnel stationed in war units where they are needed.
ANGGOTA ASKAR WANITA ABDB MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KE-31
BERAKAS GARISON, Khamis 28 Jun 2012 – Anggota Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah meraikan ulangtahun ke-31 dengan mengadakan Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran di Surau Berakas Garison.
Tetamu Kehormat Majlis ialah Lt Kol Hjh Wan Shahlimar binti Haji Suhaili psc. Para jemputan adalah terdiri daripada Mantan-mantan Pegawai Askar Wanita dan Kompeni Sarjan Mejar Askar Wanita, Pegawai-pegawai serta anggota askar wanita ABDB.
Khatam Al-Quran pada tahun ini dilaksanakan dengan menghimpunkan seramai 31 orang pembaca Al-Quran dari unit-unit ABDB yang terdiri daripada Kementerian Pertahanan, Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei dan Institut Latihan ABDB sebagai simbolik kepada sambutan hari ulangtahun ke-31 bagi Askar Wanita ABDB. Khatam Al-Quran tersebut telah diketuai oleh Ustazah Pg Hajah Sa'adiah binti Pg Haji Mahmud.
Majlis diisikan dengan bacaan surah-surah Al-Quran, Takhtim, dan Tahlil, diikuti dengan Dzikir Marhaban dan bacaan Doa Kesyukuran dan kemudian diteruskan dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah. Majlis tersebut diadakan sebagai acara keagamaan yang telah dirancang untuk menyemarakkan lagi sambutan hari ulang tahun Askar Wanita yang ke-31 tahun. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyuntik unsur-unsur kerohanian kepada semua pegawai dan anggota askar wanita dalam menjalankan tugas mereka dengan rahmat daripada Allah Subhannahu Wa Ta'ala.
Kompeni Askar Wanita telah ditubuhkan secara rasminya pada 29 Jun 1981 dengan kekuatan lima anggota askar wanita British dan seorang kerani awam. Manakala pengambilan pertama terdiri daripada 28 rakyat tempatan (6 Pegawai Kadet dan 22 rekrut). Peranan askar wanita adalah untuk memberi bantuan tenaga yang diperlukan kepada ABDB bagi menggantikan sebahagian daripada tugas-tugas anggota tentera lelaki di mana perlu untuk membolehkan anggota tentera lelaki ditempatkan di unit-unit perang di mana mereka diperlukan.




Photos by Amal Ramizah Ramlee









