Upacara Penutup Eksesais LATMA Jungle Warfare 2012
INDONESIA, Sabtu 30 Jun 2012 - Upacara Penutup bagi Latihan Ketenteraan diantara Platun Gerak Khas Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei dan Unit TAIPUR KOSTRAD Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) telah di Markas TAIPUR, Cilodong, Bogor, Jawa Barat, Republik Indonesia.
Latihan ini adalah latihan dua hala tahunan antara Tentera Darat Diraja Brunei dengan Tentera Nasional Indonesia, Angkatan Darat, dimana unit TAIPUR KOSTRAD TNI AD telah menjadi tuan rumah pada tahun ini. Seramai 8 anggota dari Platun Gerak Khas Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei yang diketuai oleh Leftenan Mohd Sufrien bin Johan telah terlibat dalam latihan bersama ini yang telah bermula pada 17 Jun 2012 yang lalu.
Upacara Penutup bagi latihan ini telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral TNI Zahari Siregar, Kepala Staf KOSTRAD TNI AD, dan turut hadir selaku wakil dari Tentera Darat Diraja Brunei ialah Leftenan Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar dan rombongan. Konsep Latihan pada tahun ini menumpukan taktik operasi melawan insurgensi dan pengganas yang merangkumi gerakan dalam Operasi Hutan. Latihan seumpama ini telah dapat membangun dan meningkatkan hubungan setia kawan dan kerjasama ketenteraan yang sedia ada antara kedua Tentera Darat.










