Kejohanan Bola Jaring Askar Wanita Peringkat ABDB Bagi Tahun 2012/2013
BERAKAS GARISON, Jumaat 22 Jun 2012 - Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Kejohanan Bola Jaring bagi tahun 2012/2013 bertempat Dewan Gerak Badan, Berakas Garison.
Tetamu Kehormat pada Kejohanan itu adalah Datin Hajah Masnunah binti Hj Ibrahim, isteri kepada Pemerintah Darat Diraja Brunei. Turut hadir menyaksikan Kejohanan tersebut ialah Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota–anggota Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Pasukan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah muncul sebagai Johan manakala tempat kedua ialah dari Pasukan Tentera Udara Diraja Brunei dan tempat ketiga adalah Tentera Darat Diraja Brunei.
Kejohanan tersebut ini bertujuan untuk mencungkil dan memilih pemain-pemain bola jaring untuk mewakili pasukan ABDB ke peringkat Sukan Kementerian bagi tahun 2012.




Gambar-gambar oleh Amal Ramizal Ramlee









