Titian Amal Project In Conjuction RBAF 51st Anniversary
By Major(L) Shahairil Shahlan
SERASA, Friday 22 June 2012 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) successfully held another Titian Amal Project to a house in Kampong Serasa, Brunei Muara District owned by Dayang Fatimah binti Mohammad. The Titian Amal Project is held in conjunction with the RBAF 51st Anniversary and as part of its annual contribution and service to serve the nation particularly those in need of assistant.
The work completion ceremony was officials by First Admiral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah, Commander of the Royal Brunei Navy as the guest of honour who was then brought to review the completion work. Also present to witness the ceremony were Ketua Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong Mukim Serasa, senior Government officers, senior officers of RBAF and other representatives from Government agencies, family members of the house owner as well as villagers of Kampong Serasa, Brunei Muara District.
PROJEK TITIAN AMAL SEMPENA ULANG TAHUN ABDB KE-51
SERASA, Jumaat 22 Jun 2012 - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah dengan jayanya mengungkayahkan satu lagi Projek Titian Amal di rumah Dayang Fatimah binti Mohammad di Kampong Serasa, Daerah Brunei Muara. Projek Titian Amal ini diadakan bersempena dengan Ulangtahun ABDB ke-51 dan adalah sebahagian daripada sumbangan tahunan dan perkhidmatan kepada masyarakat terutamanya mereka yang memerlukan bantuan.
Projek ini telah bermula pada 11 Jun 2011 dan siap 11 hari kemudian. Ianya melibatkan pembinaan semula ruang tamu, 4 bilik tidur dan membaik pulih siling dan tiang-tiang rumah. Projek ini telah dilaksanakan oleh anggota-anggota dari Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal Tentera Laut Diraja Brunei.
Majlis penyerahan projek tersebut telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei yang kemudiannya meninjau kerja-kerja yang telah dibaik pulih. Turut hadir untuk menyaksikan majlis tersebut ialah Ketua Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong Mukim Serasa, pegawai-pegawai kanan Kerajaan, pegawai-pegawai kanan ABDB dan wakil-wakil lain dari agensi-agensi Kerajaan, ahli-ahli keluarga pemilik rumah serta penduduk Kampong Serasa, Daerah Brunei Muara.












