Majlis Pengislaman Koperal Zulshamli bin Gaul
By Lt Arifin Amit
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat 22 Jun 2012 – Majlis pengislaman bagi 12387 Kpl Zulshamli bin Gaul, salah seorang anggota Pasukan Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei, telah berlangsung di No:39, Spg 1626, Kampong Tanjung Nangka Jalan Tutong, Negara Brunei Darussalam. Belaiu melafazkan pengakuan masuk Islam dihadapan pegawai-pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan memilih nama islamnya sebagai Muhammad Zulkhairi bin Gaul.
Majlis Pengislaman dimulakan dengan Majlis Bertahlil dan Doa Arwah,ikrar pengakuan masuk Islam, Zikir Marhaban serta bacaan doa selamat oleh Lt Ariffin bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB.
Majlis yang diungkayahkan bersama oleh Jabatan Pusat Dakwah Islamiah dan ABDB serta keluarga anggota yang diraikan dianggap sebagai satu lagi usaha murni silaturrahim pada meningkatkan syiar agama Islam di kalangan warga ABDB dan menarik minat pegawai-pegawai serta anggota-anggota ABDB khususnya serta masyarakat negara ini amnya yang belum memeluk agama islam untuk memilih Islam sebagai agama anutan dan landasan serta paduan hidup yang sempurna.













