Majlis Penyampaian Hadiah Futsal Sempena HUT ABDB Ke 51 Tahun
By Pg Muhd Mufid Pg Hj Umar Ariffin
JERUDONG, Rabu 20 Jun 2012 – Majlis Penyampaian hadiah Kejohanan Futsal Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke 51 telah berlangsung di Dewan 1 BRIDEX, Jerudong. Tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Hasmee bin Haji Abd Wahab, Pemangku Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Aturcara pada malam tersebut dimulakan dengan perlawanan persahabatan diantara Juara Peringkat ABDB Kategori Veteran iaitu pasukan NAVY 1 dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Juara Peringkat Awam Kategori Veteran iaitu pasukan Kota Junior ‘V’. Keputusan perlawanan tersebut disudahi dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Kota Junior ‘V’ dengan jaringan 3 -0.
Perlawanan selanjutnya diteruskan dengan perlawanan persahabatan diantara Juara Peringkat ABDB Kategori Terbuka iaitu pasukan Sembilang dari Rejimen Pasukan Khas (RPK) dan Juara Peringkat Awam Kategori Terbuka iaitu pasukan Kota Junior dimana pasukan Kota Junior telah berjaya menewaskan pasukan Sembilang dengan jaringan 6-0. Setelah selesai perlawanan tersebut, majlis penyampaian hadiah telah disampaikan sendiri oleh Tetamu Kehormat Majlis. Pemenang-pemenang pada malam tersebut adalah seperti berikut:-
Peringkat ABDB Kategori Terbuka
Penjaring Terbanyak - 14312 Sjn Shahrin (Sembilang, RPK)
Pemain Terbaik - 10352 PW2 Mohd Yusra (Kjtn Darat ‘B’, TDDB)
Tempat Ke-Tiga - CPK ‘A’ Polis Tentera, KEMENTAH
Naib Juara - Fireball, KEMENTAH
Juara - Sembilang, RPK
Peringkat ABDB Kategori Veteran
Penjaring Terbanyak - 12446 Sjn (U) Saiful (Cypress, TUDB)
Pemain Terbaik - 477 Mej Rizal (Mrks TDDB)
Tempat Ke-Tiga - Cypress, TUDB
Naib Juara - Mrks TDDB
Juara - NAVY 1, TLDB
Peringkat Awam Kategori Terbuka
Penjaring Terbanyak - Faizul Jeffri bin Haji Zaini (Kota Junior)
Pemain Terbaik - Shaherman bin Haji Sulaiman (Kota Junior)
Tempat Ke-Tiga - Piasau-Piasau Villa
Naib Juara - Syah Kampong
Juara - Kota Junior
Peringkat Awam Kategori Veteran
Penjaring Terbanyak - Pg Mohd Amirizal (FIT JBS)
Pemain Terbaik - Irwan Bin Mohammad (Kota Junior)
Tempat Ke-Tiga - Al-Idrus
Naib Juara - FIT JBS
Juara - Kota Junior













