Royal Brunei Navy Celebrates 47th Anniversary
By Major(L) Shahairil Shahlan
MUARA, Thursday 14 June 2012 - The Royal Brunei Navy celebrated its 47th year anniversary with a grand ceremonial parade consisting of 220 Royal Brunei Navy personnel men and women. As an annual tradition, the Commander of the Royal Brunei Navy, First Admiral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah as the Guest of Honour inspected the guard of honour, which was led by the Parade Commander, 598 Major (L) Mohd Faizal Izam bin Haji Abas.
During the ceremony, the Commander of Royal Brunei Navy delivered a speech which compliments his men and women for their auspicious contributions to the Nation. The Commander of Royal Brunei Navy in his speech also highlighted the achievements and developments of the Royal Brunei Navy in which the Royal Brunei Navy had taken part in more regional roles during multi-lateral exercises and international maritime security cooperation.
In conjunction with the parade ceremony, the Commander of the Royal Brunei Navy also consented to a certificate presentation for the Ships’ Commanding Officers, Bridge Watch Keeping and Coxswains of Landing Crafts held at the Royal Brunei Navy Warrant Officer, Staff Sergeant & Sergeant Mess. Also present to witness the ceremonial parade were Royal Brunei Navy senior officers, officers and other ranks.
The Royal Brunei Navy also held various activities to commemorate its anniversary this year. These activities include a Tahlil ceremony at the Royal Mausoleum; cleaning campaigns at selected mosques and cemeteries; and a Khatam Al-Quran and Doa Kesyukuran ceremony at the Royal Brunei Navy Surau. Also present for the Doa Kesyukuran ceremony were former Commanders, Officers, Regimental Sergeant Majors and the first intake of the Royal Brunei Navy.
From its humble beginning in 1965, the Royal Brunei Navy has grown in strength over the years in shouldering the roles and responsibilities towards protecting the Nation’s Maritime Sovereignty and promoting defence diplomacy.
Tentera Laut Diraja Brunei Sambut Ulang Tahun Ke 47
MUARA, Khamis 14 Jun 2012 - Tentera Laut Diraja Brunei meraikan ulang tahun yang ke-47 tahun pada hari ini. Sambutan pada tahun ini diraikan dengan upacara perbarisan yang terdiri daripada kawalan kehormatan seramai 220 anggota Tentera Laut Diraja Brunei. Sebagai satu tradisi, Pemerintah Tentera Laut Diraja BruneiLaksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah hadir selaku tetamu kehormat untuk memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang diketuai oleh 598 Mejar (L) Mohd Faizal Izam bin Haji Abas. Semasa upacara perbarisan tersebut, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei berkenan untuk menyampaikan ucapan yang mana memberi pujian kepada semua anggota atas sumbangan yang telah diberikan.
Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei dalam ucapannya juga menyentuh tentang pencapaian dan perkembangan Tentera Laut Diraja Brunei di mana Tentera Laut Diraja Brunei telah mengambil bahagian dalam peranan yang lebih serantau dalam latihan pelbagai hala dan kerjasama keselamatan maritim antarabangsa.
Bersempena dengan upacara perbarisan tersebut, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei juga berkenan bagi menyampaikan sijil-sijil kelayakan bagi Pegawai-Pegawai Pemerintah Kapal, Bridge Watch Keeping dan Juragan-Juragan Kapal Pendarat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan Tentera Laut Diraja Brunei. Turut hadir bagi menyaksikan upacara perbarisan tersebut, ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota lain-lain peringkat Tentera Laut Diraja Brunei.
Bersempena sambutan hari ulang tahunnya pada tahun ini Tentera Laut Diraja Brunei juga telah mengadakan pelbagai aktiviti termasuk Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja; kempen kebersihan di masjid dan tanah perkuburan; dan Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran di Surau Tentera Laut Diraja Brunei. Turut hadir di Majlis Doa Kesyukuran tersebut ialah mantan-mantan pemerintah, pegawai-pegawai bersara, Sarjan Mejar Laut dan anggota-anggota daripada pengambilan pertama Tentera Laut Diraja Brunei.
Sejak dari awal penubuhannya pada tahun 1965, Tentera Laut Diraja Brunei telah berkembang hingga ke hari ini selaras dengan peranan dan tanggungjawab yang dipikul ke arah melindungi kedaulatan maritim Negara dan menyumbang kepada hubungan pertahanan diplomasi.












