Majlis Doa Kesyukuran Bagi Kepulangan Kumpulan ke 7 Pasukan IMT
Oleh Lt Narulismandy Samaih
BOLKIAH GARISON, Khamis 24 Mei 2012 – Majlis doa Kesyukuran sempena kepulangan bagi Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam(IMT) kumpulan ke 7 telah diadakan bertempat di Surau Kementerian Pertahanan Bolkiah Garison.
Hadir di majlis tersebut ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan & Pembangunan) Kolonel (B) Pg Dato Paduka Haji Azmanzham bin Pg Haji Mohammad.
Juga hadir di majlis tersebut ialah Pemerintah-Pemerintah Tentera, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, anggota tentera dan kakitangan Awam Kementerian Pertahanan.
Kumpulan ke 7 ini dianggotai oleh 3 pegawai dan 3 PTB Kanan dari berbagai unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Kumpulan ke 7 ini telah pun menamatkan misinya sebagai Pasukan Pemantau antarabangsa di kepulauan Mindanao dalam tempoh satu tahun dan kembali ke tanahair pada 18 Mei yang lalu.
Acara dimulakan dengan sembahyang Fardhu Asar berjemaah dan seterusnya diikuti dengan bacaan dikir marhaban bagi menyambut kepulangan Pegawai dan anggota yang diraikan dan seterusnya bacaan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Haji Abd Wafi bin Haji Amat.




Gambar oleh Hj Zaini Ajong & Lkpl Hj Helmi Hj Abd Latif









