A Get-Together With Special Children of RBAF

RIMBA, Friday 25 May 2012 - The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) takes great concerns of the welfare of its personnel and their families. This afternoon, a give-away ceremony for 55 special children of RBAF personnel took place at the Punai Hall of the Royal Brunei Air Force to commemorate the RBAF 51st Anniversary.
Present as the guest of honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Yussof bin Haji Abd Rahman, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) and Datin Hjh Masmunah bte Haji Ibrahim.
The contribution came in the form of cash from the RBAF Welfare Fund as well as RBAF Wives Welfare Committee (BAKTI) which were presented by the guest of honour and Datin to the special children.
Representatives from the Child Development Centre also made their presence at the event with a static display about their centre.
This event is one of the social activities held annually in conjunction with the RBAF anniversary symbolising the caring attitude of the RBAF towards the special children and their commitment to the welfare of the community who needs help. At least with this contribution it helps to boost a spirit and a driving force in creating a caring society especially the younger generation in becoming a person of virtue.
Present at the ceremony were Deputy Commander of RBAirF, Directors, RBAF Officers and parents, guardians and relatives of the special children.
MAJLIS MESRA BERSAMA ANAK-ANAK ISTIMEWA ABDB
RIMBA, Jumaat 25 Mei 2012 - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan anggota-anggotanya dan ahli keluarga masing-masing. Petang ini, satu acara penyampaian sumbangan telah diadakan bagi 55 orang anak-anak istimewa anggota ABDB yang berlangsung di Dewan Punai Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-51.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Yussof bin Haji Abd Rahman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Datin Hjh Masmunah bte Haji Ibrahim.
Sumbangan yang dihulurkan adalah berbentuk wang tunai daripada Dana ABDB berserta sumbangan dari BAKTI dan ianya telah disampaikan oleh tetamu kehormat dan Datin kepada para anak-anak istimewa.
Turut menjayakan majlis tersebut adalah perwakilan daripada Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (Children Development Centre) yang mana telah membuat pameran statik mengenai pusat tersebut.
Acara ini merupakan salah satu aktibiti kemasyarakatan yang diadakan setiap tahun bersempena dengan Hari Ulang Tahun ABDB sebagai satu tanda pemedulian dan keprihatinan ABDB terhadap anak-anak istimewa ini serta komitmen terhadap kebajikan masyarakat yang memerlukan pertolongan. Dengan adanya sumbangan ini sekurang-kurangnya akan dapat memberikan semangat dan pendorong didalam membentuk masyarakat penyayang terutamanya generasi muda untuk melahirkan modal insan yang sempurna.
Turut hadir memeriahkan majlis pada pagi itu adalah Timbalan Pemerintah TUDB, Pengarah-Pengarah Tentera, Pegawai-Pegawai ABDB dan para ibubapa, penjaga dan saudara-mara anak-anak istimewa tersebut.




Gambar oleh Hj Zaini Ajong & Lkpl Hj Helmi Hj Abd Latif









