Officer Cadet School
SYARAT-SYARAT MENGIKUT KATEGORI BAGI PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN BAKAL PEGAWAI KADET LELAKI & WANITA
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
- Berikut adalah Kategori bagi pengambilan dan kemasukan bakal Pegawai Kadet:
Dalam Kategori A
- Rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei
- Dilahirkan di Negara Brunei Darussalam.
- Puak jati Bangsa Melayu (Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Murut, Bisaya).
Dalam Kategori B
- Rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dengan berkuatkuasa mana-mana undang-undang bertulis mengenai KERAKYATAN memegang Kad Pintar Kuning termasuk seperti berikut:
- Bukan dilahirkan di Negara Brunei Darussalam.
- Bukan dari puak jati Bangsa Melayu.
- Berugama Islam serta menurut adat resam Melayu.
- Dimestikan menghadapkan surat permohonan ke pihak ABDB.
- Pemohon yang berminat untuk menceburkan diri dalam kerjaya tentera sebagai Pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mestilah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan kemasukan dalam Kategori A atau B di atas. Syarat kemasukan bagi bakal Pegawai Kadet adalah seperti berikut:
- Taraf kelamin: Bujang.
- Umur: Berumur diantara 18 tahun hingga 25 tahun. Pemohon yang mempunyai kelulusan Ijazah mestilah berumur tidak melebihi 28 tahun sebelum tarikh latihan.
- Kelayakan Akademik Kelayakan minima pemohon adalah Diploma Tertinggi Kebangsaan(HND) di dalam apa jua bidang yang diceburi.
- Akademik professional yang sebanding seperti International Baccalaureate (IB).
- Kelayakan Akademik yang lebih tinggi adalah menjadi keutamaan seperti, Sarjana Muda(Degree), Sarjana(Master) atau PHD.
- Tahap Kesihatan: Pemohon-pemohon akan menjalani pemeriksaan kelayakan kesihatan sebelum menjadi Pegawai Kadet.
- Ketinggian Badan: Lelaki 160 cm (5 Kaki 3 Inci)/Wanita 152 cm (5Kaki).
- BMI(Body Mass Index): (19 – 27).
"BORANG PENDAFTARAN" boleh dimuat turun "DI SINI" dan dikembalikan tidak lewat daripada 29 Februari 2012 melalui E-Mail This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau dihantarkan ke:
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pengambilan ABDB: 2383074/ 2383075









