Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​MINDEF CLEANING CAMPAIGN AT MUSLIM CEMETERIES

BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 20 November 2020 – In conjunction with Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 59th Anniversary, 20 military officers and personnel from the Ministry of Defence held cleaning campaign at Muslim cemeteries in Kampung Tamoi and Kampung Limau Manis today.

The cleaning campaign at both cemeteries were led by Major (U) Haji Nasrul Muhaimin bin Haji Matussin and Lieutenant Khairi Izdihar bin Haji Idris respectively included the recitation of Surah Yassin, Tahlil, and Doa Arwah for the deceased family members of RBAF.

Similar cleaning campaign were also conducted by other RBAF units in conjunction of RBAF 59th Anniversary, and more will be held at various Muslim cemeteries in Kampong Sinaut, Kampong Lumapas, Kampong Lugu, Kampong Terujing and others in the Brunei Muara District. 

The annual activity aims to further enhance the spiritual development of RBAF members and strengthen the relationship amongst them as well as to inculcate a charitable attitude towards contributing to society.




KEMENTERIAN PERTAHANAN ADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI PERKUBURAN ISLAM

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 20 November 2020 – Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-59 tahun, seramai 20 pegawai-pegawai dan anggota tentera di Kementerian Pertahanan telah mengungkayahkan aktiviti kempen kebersihan di tanah perkuburan Islam di Kampung Tamoi dan Kampung Limau Manis hari ini.

Kempen kebersihan diketuai oleh Mejar (U) Haji Nasrul Muhaimin bin Haji Matussin dan Leftenan Khairi Izdihar bin Haji Idris di dua tanah perkuburan diteruskan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan doa arwah bagi keluarga anggota ABDB yang telah kembali ke rahmatullah.

Kempen membersihkan kubur yang serupa juga pernah dikendalikan oleh unit-unit angkatan tentera yang lain sempena dengan HUT ABDB ke 59 tahun, dan beberapa lagi akan diungkayakan seperti tanah-tanah perkuburan Islam di Kampong Sinaut, Kampong Lumapas, Kampong Lugu, Kampong Terunjing dan beberapa tempat di Daerah Brunei Muara.

Aktiviti tahunan tersebut bertujuan bagi meningkatkan lagi pembangunan kerohanian anggota ABDB dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan anggota ABDB serta untuk memupuk sikap amal kebajikan kearah menyumbang kepada masyarakat.

Attachments