Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​TWO RBAF SENIOR OFFICERS PROMOTED TO BRIGADIER GENERAL

BOLKIAH GARRISON, Friday, 24 July 2020 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, two Royal Brunei Armed Forces (RBAF) senior officers were promoted to the rank of Brigadier General effective today. 

These senior officers are 430 Colonel Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, Commandant of Defence Academy RBAF and 438 Colonel Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Director of Defence Minister’s Office and Directorate of Strategic Planning. The promotion ceremony took place at the Officers’ Mess at Bolkiah Garrison this morning. 

The insignias presentation ceremony was led by Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of RBAF.  

Present at the ceremony were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence, Permanent Secretary Ministry of Defence, Services Commanders, Deputy Permanent Secretaries Ministry of Defence, Commandants, directors and family members of those promoted. 

The ceremony was blessed with a Doa Selamat by the Head of RBAF Religious Department (JAMA’AT), Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN.



DUA PEGAWAI KANAN ABDB DINAIKKAN KE PANGKAT BRIGEDIER JENERAL

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 24 Julai 2020 – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dua orang pegawai kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral berkuatkuasa hari ini.

Mereka adalah 430 Kolonel Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Akedemi Pertahanan ABDB dan 438 Colonel Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Pengarah Jabatan Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan Strategik. Majlis kenaikan pangkat diadakan di Mes Pegawai Bolkiah Garison.

Majlis kenaikan pangkat telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Juga hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Komandan-komandan, pengarah-pengarah dan ahli-ahli keluarga.

Majlis tersebut juga telah diberkati dengan doa selamat yang telah dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.

Attachments