Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
SECOND MINISTER OF DEFENCE HOSTS HARI RAYA OPEN HOUSE

BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 7 June 2019 – The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, the Second Minister of Defence hosted a Hari Raya Aidilfitri Open House at his residence on the second day of Hari Raya. 

Among those who attended were Senior Minister of State, Ministry of Defence & Ministry of Foreign Affairs, Dr. Mohamad Maliki bin Osman and his spouse, Mrs Sadiah Shahal, whom are in Brunei Darussalam to celebrate the Hari Raya Aidilfitri festivities with Bruneian ministers and officials. 

They were accompanied by His Excellency Lim Hong Huai, Republic of Singapore High Commissioner to Brunei Darussalam; Mrs. Joan Cheng Sim Pereira, Member of Parliament and her spouse, Mr. Kwek Hian Chuan, Member of Parliament and his spouse; Mr. Raymond Chow Hee Chung, Deputy High Commissioner; and Singaporean officials. 

Accompanying The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi was his spouse, Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili, along with the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah and his spouse, Datin Maria Eliza Carlos Abdullah.

The visit from the Republic of Singapore’s delegation is a testament of the warm and close relationship enjoyed by Brunei Darussalam and the Republic of Singapore.

Earlier in the day, the participants of the 9th Command and Staff Course (CSC 9) cohort were also among those who attended the event. The participants had the opportunity to interact with the Second Minister of Defence and other senior officials at the Open House. It was also a felicitous time for Muslim international students who are away from home to celebrate together, and for the other participants to join and experience first-hand the festive season.  

Marking the end of the Islamic hand holy month of Ramadan, the occasion is a wonderful opportunity for building fellowship and strengthening solidarity with one another. 





MENTERI PERTAHANAN KEDUA ADAKAN RUMAH TERBUKA

BANDAR SERI BEGAWAN, JUMAAT, 7 Jun 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman beliau di hari kedua Syawal. 

Antara yang hadir ialah Menteri Negara Kanan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura Tuan Yang Terutama Dr. Mohd Maliki Osman dan isteri beliau, Puan Sadiah Shahal, yang berada di Negara Brunei Darussalam untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan Menteri-Menteri dan pegawai-pegawai kanan Negara Brunei Darussalam. 

Beliau diiringi oleh Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam; Puan Joan Chen Sim Pereira, anggota Parliamen dan suami beliau; Tuan Kwek Hian Chuan, anggota Parliamen dan isteri beliau; Raymond Chow Hee Chung, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi; serta pegawai-pegawai kanan Republik Singapura. 

Turut hadir bersama Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi adalah isteri beliau, Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili, serta Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah dan isteri Datin Maria Eliza Carlos Abdullah.

Kunjungan muhibah dari delegasi Republik Singapura mencerminkan persahabatan dan hubungan mesra di antara kedua-dua buah negara.

Sebelum ini, para peserta Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) sesi 09/2019 juga turut menghadiri Majlis berkenaan. Para peserta berpeluang untuk berinteraksi dengan Menteri Pertahanan Kedua dan pegawai kanan lain. Ia juga merupakan masa yang bertuah bagi penuntut antarabangsa beragama Islam untuk meraikan bersama-sama, dan bagi penuntut lain untuk menyertai dan mengalami musim perayaan di negara ini. 

Menandakan akhir bulan suci Ramadan, kunjung-mengunjung sempena Sambutan Hari Raya merupakan peluang yang baik untuk mengeratkan silaturahim dan memperkuatkan perpaduan dengan satu sama lain. 


Attachments