Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​14 BABIES BORN ON RBAF 58th ANNIVERSARY

BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 1 June 2019 - A total of fourteen babies were born during the 58th Anniversary Celebration of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) on 31 May 2019.

Thirteen of them were born at the Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital, and one at Suri Seri Begawan (SSB) Hospital.

Each infant received special gifts from the RBAF, RBAF Wives' Association (BAKTI) and Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KOWIRA).

Presenting the gifts at RIPAS Hospital in the capital was the wife of the Commander of RBAirF, Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz.

Meanwhile, the wife of JFC, Dyg Noraidah binti Ibrahim presented at SSB Hospital in Belait District.

In attendance at the separate events were RBAF officers, Chief Executive Officers and staffs from the hospitals, and representatives of BAKTI's Administrative Committee.

The presentation of gifts is an annual event to celebrate the babies born on the RBAF’s anniversary.



14 ANAK DAMIT LAHIR PADA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-58 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Jun 2019 - Seramai 14 orang anak damit dilahirkan semasa Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-58 tahun pada 31 Mei 2019.

Tiga belas orang anak damit telah dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di Bandar Seri Begawan dan seorang di Hospital Suri Seri Begawan (SSB).

Setiap anak damit menerima cenderahati sumbangan daripada ABDB, Badan Isteri-isteri Pegawai ABDB (BAKTI) dan Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KOWIRA).

Majlis penyampaian cenderahati telah berlangsung di Hospital RIPAS dan disempurnakan oleh isteri kepada Pemerintah TUDB, Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz.

Sementara di Hospital SSB Daerah Belait disampaikan oleh Isteri Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Dyg Noraidah binti Ibrahim.

Turut hadir bagi sama-sama meraikan majlis tersebut ialah pegawai-pegawai ABDB, Ketua Pegawai Eksekutif berserta kakitangan hospital, serta ahli-ahli jawatankuasa tadbir BAKTI.

Penyampaian cenderahati merupakan acara tahunan yang diadakan untuk menyambut kelahiran anak-anak damit pada Hari Ulang Tahun ABDB.


Attachments