Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
THE SECOND MINISTER OF DEFENCE CONDUCTS WORKING VISIT TO ROYAL BRUNEI NAVY

MUARA, Thursday, 11 April 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Mohd Yussof, the Second Minister of Defence conducted his working visit to the Royal Brunei Navy (RBN) at the Muara Naval Base.

Accompanying the Second Minister of Defence were Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, the Permanent Secretary of Ministry of Defence, Haji Mohd Zakaria bin Haji Sarudin, the Deputy Permanent Secretary and Haji Amiruddin bin Haji Mohd Hassan, the Deputy Permanent Secretary.

The visit commenced with a welcoming speech by First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Muhammad, the Commander of RBN at the RBN Headquarters, and followed by the briefing by Captain Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, the Deputy Commander of RBN where he presented on the recent RBN’s achievements, future RBN transformation plan, the challenges and also the current status of RBN’s resources and assets. The briefing continued with a ship visit onboard KDB DARUSSLAM, a visit to the shiplift alpha, the weapons workshop and the Integrated Weapons Complex.  



MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENGADAKAN LAWATAN KERJA KE TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

MUARA, Khamis, 11 April 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah mengadakan lawatan kerja ke Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) di Pangkalan Tentera Laut Muara.

Turut hadir ialah Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Haji Mohd Zakaria bin Haji Sarudin, Timbalan Setiausaha Tetap dan Haji Amiruddin bin Haji Mohd Hassan, Timbalan Setiausaha Tetap.

Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Muhammad, Pemerintah TLDB di Bilik Taklimat Markas TLDB, dan diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh Kepten Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, Timbalan Pemerintah TLDB dimana taklimat berkenaan menerangkan mengenai pencapaian TLDB baru-baru ini, pelan transformasi TLDB, cabaran-cabaran, status terkini sumber dan asset TLDB. Taklimat berkenaan diteruskan dengan lawatan ke kapal KDB DARUSSALAM, shiplift alpha, bengkel persenjataan dan Kompleks Integrasi Persenjataan.

Attachments