Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
OFFICER CADET SCHOOL HOLDS APPOINTMENT CEREMONY FOR THE 18th INTAKE

TANAH JAMBU, Thursday, 14 March 2019 – By the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, 82 Officer Cadets (Probationary) were appointed to Officer Cadets in a ceremony held today at the Ceremonial Hall of the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Tanah Jambu.

Present to award the new insignias was the Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

The newly appointed 82 officer cadets consists of 47 officer cadets including 1 recipient of the Supreme Commander RBAF Scholarship who will join the Royal Brunei Land Force, 21 officer cadets slated to join the Royal Brunei Navy and 14 officer cadets who will enter the Royal Brunei Air Force.

The Passing Out Parade for Intake 18 was held earlier this morning at the Defence Academy RBAF parade square, marking the end of their initial six weeks training, which was witnessed by the Commanding Officer of the Officer Cadet School Defence Academy RBAF as the guest of honour.

The officer cadets will have to undergo 52 weeks of intense training in Officer Cadet School where their leadership, character and critical thinking will be developed to prepare them for their first appointment as newly commissioned officers in the RBAF. Upon successful completion of their training, the officer cadets will graduate in the Sovereign’s Parade in January 2020. For the past six weeks, the officer cadets went through basic military training before they continue further with 46 weeks of rigorous and intense training.  

In attendance were Services Commanders, Military Directors, Commandants, senior officers, officers and staff of the Defence Academy RBAF along with family members of the officer cadets.



MAJLIS PERLANTIKAN PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-18

TANAH JAMBU, Khamis, 14 Mac 2019 – Dengan Titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 82 orang Pegawai Kadet Percubaan secara rasminya telah dilantik kepada Pegawai Kadet dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Istiadat Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kampung Tanah Jambu.

Majlis Perlantikan bagi Pegawai Kadet Percubaan Pengambilan ke-18 telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Seramai 82 Pegawai Kadet yang telah dilantik itu terdiri daripada 47 orang pegawai kadet Tentera Darat Diraja Brunei termasuk seorang penerima Biasiswa Tertinggi Pemerintah ABDB, 21 orang pegawai kadet Tentera Laut Diraja Brunei dan 14 orang pegawai kadet Tentera Udara Diraja Brunei.

Perbarisan Tamat Latihan Enam Minggu bagi Pegawai Kadet Pengambilan Ke-18 telah berlangsung di bertempat di Padang Kawad Akademi Pertahanan ABDB. Perbarisan tersebut disaksikan oleh Pegawai Pemerintah Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan ABDB selaku tetamu kehormat.

Pegawai-pegawai Kadet yang telah terpilih akan menjalani latihan selama 52 minggu di Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan ABDB akan mempelajari kepimpinan tentera, keperibadian dan pemikiran kritikal yang akan diperkembangkan sebagai persiapan mereka sebagai seorang pegawai di dalam ABDB. Pegawai-pegawai kadet ini akan menamatkan latihan pada bulan Januari 2020. Semasa latihan selama enam minggu, Pegawai Kadet telah menjalani latihan asas ketenteraan sebelum menjalani latihan yang lebih mencabar dan intensif semasa 46 minggu seterusnya.

Majlis Perlantikan dihadiri oleh Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah, Komandan-Komandan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota Akademi Pertahanan ABDB serta ahli keluarga pegawai-pegawai kadet.

Attachments