Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM RECEIVES IN AUDIENCE VICE CHIEF OF THE DEFENCE STAFF OF THE UNITED KINGDOM

ISTANA NURUL IMAN, Thursday, 31 January 2019 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam this afternoon received in audience General Sir Gordon Messenger, KCB, DSO, OBE, ADC, Vice Chief of the Defence Staff of the United Kingdom.

Accompanying General Sir Gordon Messenger were His Excellency Richard Lindsay, British High Commissioner to Brunei Darussalam; and Colonel Mike Page, British Defence Advisor to Brunei Darussalam.

Also present were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence, and Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

General Sir Gordon Messenger is in Brunei Darussalam from 29 January till 1 February 2019 as part of his visit to this region after participating in the IISS Fullerton Forum: The Shangri-La Dialogue Sherpa Meeting held in the Republic of Singapore.

Brunei Darussalam and the United Kingdom enjoy a strong and longstanding defence relationship, underpinned by extensive defence and military interactions such as exchange of visits, defence and military meetings, military exercises, trainings, and courses. These interactions have enhanced the interoperability and reinforced the people-to-people ties between the personnel of both the Royal Brunei Armed Forces and the British Armed Forces. On 10 September 2018, HMS ALBION conducted Exercise Setiakawan III with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The Exercise involved personnel from the Royal Brunei Land Force and assets from the Royal Brunei Navy and Royal Brunei Air Force.



KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP VICE CHIEF OF THE DEFENCE STAFF OF THE UNITED KINGDOM

ISTANA NURUL IMAN, Khamis, 31 Januari 2019 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang ini berkenan menerima mengadap Jeneral Sir Gordon Messenger, KCB, DSO, OBE, ADC, Vice Chief of the Defence Staff of the United Kingdom.

Menyertai bersama Jeneral Sir Gordon Messenger ialah Tuan Yang Terutama Richard Lindsay, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam; dan Kolonel Mike Page, Penasihat Pertahanan British ke Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Jeneral Sir Gordon Messenger berada di Negara Brunei Darussalam pada 29 Januari hingga 1 Februari 2019 dalam rangka lawatan ke rantau ini selepas menyertai IISS Fullerton Forum: The Shangri-La Dialogue Sherpa Meeting yang diadakan di Republik Singapura.

Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom mempunyai hubungan pertahanan yang sangat baik dan sudah lama terjalin, yang mana merangkumi pelbagai interaksi termasuk pertukaran lawatan, mesyuarat pertahanan dan ketenteraan, eksesais ketenteraan, latihan, dan kursus. Interaksi tersebut telah meningkatkan interoperabiliti dan juga memperkuat hubungan persahabatan kedua-dua angkatan tentera.

Pada 10 September 2018, Kapal Perang British HMS ALBION telah menjalankan Latihan Setiakawan III bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Latihan telah melibatkan anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei dan aset-aset Tentera Laut Diraja Brunei dan Tentera Udara Diraja Brunei.

Attachments